Palestin Dibuang Dari Google Maps? Google Kata Mereka Tak Pernah Wujud #PalestineIsHere
Palestin di hati kami.
Cover image via SAYSSejak seminggu lalu, kecoh di laman sosial, Whatsapp dan sebagainya mengenai isu label Palestin dipadam dari Google Maps yang menyebabkan kemarahan ramai penduduk dunia
Sana sini orang bercerita mengenainya. Sebagai salah sebuah negara Islam pastinya penduduk Malaysia juga terkesan dengan isu tersebut. Tambahan pula negara kita begitu peka dengan isu peperangan yang sedang dialami Palestin dan Israel.
Buat pengetahuan anda, pada tahun 2012 sebanyak 137 buah negara di dunia mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.
Sejurus isu itu menjadi 'hangat', terdapat pihak yang menjalankan petisyen meminta nama Palestin dinaikkan semula ke dalam aplikasi berkenaan
Usaha murni tersebut mendapat sambutan baik masyarakat dunia malah satu hashtag **#PalestineIsHere** dibuat dan menjadi *trending* di laman sosial.
Masyarakat dunia juga memberi amaran akan memboikot Google sekiranya pihak mereka tidak menaikkan semula nama Palestin di dalam aplikasi berkenaan.
Bagaimanapun, AWANI hari ini melaporkan bahawa Google mengaku label 'Palestin' tidak pernah wujud dalam Google Maps
Kami membuat semakan di Google Maps. Memang benar hanya kelihatan satu garisan titik sempadan, yang membezakan Tebing Barat dan Gaza serta Israel.
Image via Google Maps
Pada 25 Julai lalu, Barisan Wartawan Palestin telah melakukan bantahan terhadap Google dengan mendakwa syarikat teknologi itu telah sengaja 'membuang' nama Palestin di Google Maps
'Kesilapan' yang dilakukan Google menyebabkan ramai pengguna media sosial, beralih arah kepada enjin carian lain sebagai tanda protes.
**Tonton video di bawah:**


