Pakej Langganan Disney+ Di Malaysia Naik Harga Bermula Disember, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Kenaikan harga ini melibatkan pelan bulanan platform penstriman itu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via techENT & Make Use Of
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Platform penstriman Disney+ mengumumkan kenaikan baharu untuk pakej langganannya bermula 18 Disember ini

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Disney+, platform penstriman itu telah menyenaraikan harga baharu yang bakal dikenakan kepada pengguna.

Berikut adalah harga baharu yang dikenakan mengikut pelan langganan:

  • (a) Disney+ Pelan Bulanan Basic – RM29.90 (Harga lama: RM24.90)
  • (b) Disney+ Pelan Bulanan Premium – RM49.90 (Harga lama: RM39.90)
  • (c) Disney+ Pelan Suku Tahunan Premium – RM99.90 (Harga lama: RM79.90)


Walaupun terdapat kenaikan harga pada pelan bulanan dan suku tahunan, langganan tahunan kekal dengan harga yang sama.

Pelan Tahunan Basic Disney+ kekal dengan harga RM214.90 setahun, dan Pelan Tahunan Premium kekal pada harga RM289.90 setahun.

SAYS.com
Image via amanz

Macam mana perubahan harga ini bagi kesan kepada subscribers?

Pelanggan yang mendaftar untuk pelan Bulanan Basic, Bulanan Premium atau Suku Tahunan Premium sebelum tarikh 18 Disember 2025 akan melihat harga baharu dikenakan dalam kitaran bil pada atau selepas tarikh ini.

Jika tempoh bil tamat sebelum 18 Disember tetapi pembayaran diproses pada atau selepas tarikh kuat kuasa, kadar baharu juga akan dikenakan.

Pelanggan sedia ada boleh membatalkan pada bila-bila masa melalui Disney+ Help Centre. Jika pembatalan berlaku semasa kitaran bil aktif, pengguna akan mengekalkan akses sehingga akhir tempoh tersebut, tetapi tiada caj selanjutnya akan dikenakan.

Disney+ tidak menyediakan bayaran balik atau kredit untuk kitaran bil yang digunakan hanya sebahagian.

Bagi pengguna yang membeli Disney+ melalui third party, proses bil, pengurusan akaun dan pembatalan akan mengikut proses pihak tersebut. Pelanggan dinasihatkan untuk merujuk pusat bantuan atau saluran sokongan untuk mendapatkan panduan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: