Kisah 7 Tahun 2 Bulan Pakatan Rakyat Yang Kini Hanya Tinggal Kenangan

Selepas ditimpa pelbagai konfrontasi dikalangan ahli parti, perjuangan Pakatan Rakyat akhirnya menemui jalan noktah.

Enlarge text
Cover ImageCover image via shahiromar.wordpress.com
Logo

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menerusi kenyataan rasmi menyifatkan Pakatan Rakyat sudah tidak lagi wujud

Keputusan yang disimpul oleh Jawatankuasa Pusat DAP yang bermesyuarat pada malam 15 Jun 2015 itu menyatakan muafakat yang diamalkan oleh parti-parti komponen Pakatan Rakyat hampur lumpuh lantaran beberapa insiden sepanjang tahun ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Image via bm.therakyatpost.com

Kenyataan itu turut dipersetujui oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Perselisihan antara pucuk kepimpinan DAP dan PAS kian memuncak apabila PAS memutuskan untuk membentang rang undang-undang Hudud sekaligus melaksanakannya di Kelantan

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob ketika pembentangan pada 18 Mac 2015.

Image via bharian.com.my

Berikut adalah sedikit sejarah ringkas pembentukan Pakatan Rakyat tujuh tahun lalu yang mungkin ramai tidak tahu:

Pakatan Rakyat merupakan gabungan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Islam SeMalaysia (PAS). Selain itu, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) menganggotai Pakatan Rakyat di peringkat Negeri Sarawak.

Penubuhan Pakatan Rakyat pada 1 April 2008 berikutan gelombang perubahan pada Pilihan Raya Umum ke-12 8 Mac 2008

Image via wikipedia.org

Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama telah diadakan pada 19 Disember 2009 di Shah Alam. Pada acara ini, Dasar Bersama Pakatan Rakyat dilancarkan dengan menyentuh 4 elemen utama:

**1.** Demokrasi yang telus dan tulen untuk memperkasakan ketuanan rakyat.

**2.** Memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mampan untuk menjana kemakmuran dan kebajikan kepada semua secara adil.

**3.** Keadilan sosial bagi menjamin pembangunan insan secara menyeluruh.

**4.** Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara yang adil-setara.

Dasar Bersama ini menggariskan iltizam PR untuk mengalih hala tuju negara dan bangsa ke landasan yang betul setelah berdekad diruntun salah guna kuasa, rasuah dan politik perkauman

(Dari kiri) Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Abdul Hadi Awang, dan Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Image via asiapacific.anu.edu.au

Gabungan tiga parti besar kekal sehingga pilihanraya 2013, dengan mengekalkan Negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan

Image via lucialai.org

PR yang dijuarai Anwar Ibrahim menafikan BN mendapat majoriti dua pertiga walaupun dapat membentuk Kerajaan Persekutuan

Gabungan BN – MCA dan GERAKAN juga telah ditolak oleh pengundi Cina hampir keseluruhan dan mengalami kemerosotan paling teruk sejak mencapai kemerdekaan pada 1957, sama ada diperingkat negeri dan persekutuan

Image via facebook.com

Sebelum wujudnya Pakatan Rakyat, ketiga-tiga parti itu bernaung di bawah Barisan Alternatif (BA), namun BA hanya mampu bertahan selama sembilan tahun sebelum DAP bertindak "angkat kaki" pada 21 September 2001

Dalam pada itu, penganalisis politik sebelum ini tidak menolak kemungkinan besar PR akan menerima nasib sama seperti BA kerana pucuk pimpinan masing-masing sudah tidak dapat menahan apa yang sedang berlaku

Penganalisis politik terutama ahli akademik melihat 'huru hara' terutama membabitkan fundamental perjuangan parti masing-masing seolah-olah **mencari racun yang mula cair dan memasuki jantung** pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat. Mereka turut meramalkan nyawa perikatan itu akan [terlerai](http://says.com/my/news/pakatan-rakyat-mungkin-akan-berkubur-dan-hanya-tinggal-sejarah-kata-lim-kit-siang) juga akhirnya.

Isu [hudud](http://says.com/my/news/13-answers-to-help-you-understand-how-the-hudud-controversy-affects-you) yang sedang diwar-warkan oleh PAS bahawa ia adalah teras perjuangan parti berkenaan tidak akan ditukar ganti.

Dewan Ulama, Majlis Syura, Ahli Jawatankuasa Pusat, Pemuda dan Wanita PAS, senada berada di belakang Presiden Datuk Seri Hadi Awang, untuk meneruskan agenda hudud pada tahun ini.

Hasrat Pakatan Rakyat untuk menakluk Putrajaya bersama, nampaknya sekali lagi hanya tinggal angan-angan yang mungkin tidak akan berlaku sampai bila-bila

Mampukah Putrajaya dirampas daripada kerajaan yang sedia ada sekarang?

Image via www.wartautara.com

Tahun lepas lagi, Lim Kit Siang telah meramal kehancuran Pakatan Rakyat selepas bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim disuruh letak jawatan:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: