“Pak Lah, Saya Dah Pandai” – Pak Nil Sempat Bisik Ke Telinga Tun Abdullah Semasa Berjumpa
Menurut Pak Nil, ia adalah satu penghormatan yang akan terus dikenang sampai bila-bila.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra dipanggil Pak Nil kongsi Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah seorang yang berhemah dalam beri teguran
Menerusi perkongsian Pak Nil bersama Kool 101, dia berkongsi momen ketika sempat bertemu Perdana Menteri Malaysia yang ke-5, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Bertam Resort.
"Apabila Pak Nil ditegur oleh Tun Jeanne, Pak Nil kata minta maaf sebab Pak Nil ada bisikkan sedikit pada Tun Abdullah.
"Pak Nil kata, Pak Lah, Pak Nil dah pandai, Pak Nil dah pandai, Tun Jeanne tanya apa maksud awak tu? Dulu masa Pak Nil jadi wartawan, Pak Nil pernah menemubual beliau semasa beliau bergelar Menteri Luar.
"Jadi bila adalah antara soalan Pak Nil mungkin terlalu bijak dan beliau kurang gemar dengan soalan itu, beliau tahan Pak Nil selepas sesi temuramah.
"Dia cakap lembut masa minta Pak Nil jangan balik lagi, bila orang lain dah tak ada baru dia beri teguran pada saya," katanya.
Image via Instagram
Allahyarham Tun Abdullah bangga dengan pencapaian Pak Nil dari seorang wartawan muda kepada pengacara yang berjaya
Tambah Pak Nil, dia melihat Allahyarham Tun Abdullah bangga dan masih mengingati akan dirinya yang pernah menerima teguran semasa menjadi wartawan muda.
"Semasa Pak Nil mengacarakan Anugerah Seri Angkasa, beliau adalah Perdana Menteri ketika itu, dia ingat lagi saya.
"Dia cakap dengan semua orang saya yang menegur dia semasa dia pertama kali jadi wartawan dan tengok dia sekarang, seorang pengacara yang hebat di atas pentas," tambah Pak Nil.
Lihat perkongsian tersebut di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 