Padini Sahkan Akaun Dibekukan SPRM, Maklum Tidak Mengetahui Salah Laku Yang Didakwa

Difahamkan, pelaksanaan tersebut membabitkan siasatan penggubahan wang haram.

Enlarge text
Cover ImageCover image via PADINI & Aman Central
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Padini Holdings Berhad memaklumkan tidak menyedari sebarang salah laku atau dakwaan selepas beberapa akaun bank syarikat ini dibekukan

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman sosial, peruncit fesyen itu memaklumkan beberapa akaun bank milik syarikat dan kumpulan syarikatnya telah dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Akaun terbabit dibekukan di bawah Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001.

"Berdasarkan maklumat yang sedia ada pada Syarikat pada masa ini, perintah tersebut telah dikeluarkan berhubung suatu siasatan yang sedang dijalankan terhadap pihak-pihak luar tertentu yang mempunyai urusan dengan Kumpulan, yang bukan merupakan pekerja, pegawai atau sebahagian daripada pengurusan Kumpulan.

"Syarikat ingin menegaskan bahawa berdasarkan maklumat yang tersedia pada masa ini, Syarikat tidak mempunyai pengetahuan mengenai sebarang dakwaan atau salah laku pada pihak Syarikat dan difahamkan bahawa pembekuan akaun-akaun tersebut merupakan suatu prosedur yang diambil dalam tempoh siasatan," menurut kenyataan itu.

SAYS.com
Image via IOI Mall Damansara

Maklum akan beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa

Tambah syarikat itu, pihak mereka memaklumkan akan akan terus memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa yang berkaitan di samping memberitahu kekal komited untuk memastikan ketelusan sepanjang proses terbabit.

"Syarikat juga, sebagai langkah berwaspada telah memulakan semakan dalaman untuk menilai keadaan keseluruhan berkenaan perkara ini serta memastikan bahawa dasar, prosedur dan kawalan Syarikat kekal kukuh dan berkesan.

"Syarikat mengamalkan dasar toleransi sifar terhadap rasuah dan kelakuan yang menyalahi undang-undang dan tidak sama sekali membenarkan sebarang bentuk rasuah atau amalan yang tidak wajar.

"Padini kekal komited untuk menegakkan dan mematuhi standard tadbir urus korporat, integriti, serta pematuhan yang tinggi terhadap semua undang-undang yang terpakai," menurutnya.

Difahamkan, pihak Padini telah melantik penasihat undang-undang luar untuk memberikan nasihat berhubung perkara ini dan sedang mengambil langkah-langkah yang perlu, termasuk memohon relif yang sewajarnya berhubung penyahbekuan akaun-akaun yang terkesan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik