Padini Mohon Maaf Isu Video Tular Yang Didakwa Ada Unsur ‘Body-Shaming’ Di Media Sosial
Difahamkan, video tersebut kini sudah diturunkan daripada akaun TikTok mereka.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Padini mengeluarkan kenyataan maaf selepas mendapat kecaman hebat berhubung video yang dimuat naik di akaun TikTok rasminya, dikatakan mempunyai unsur body-shaming
Dalam video yang sudah dipadam itu, ia memaparkan seorang pekerja kelihatan termenung di dalam kedai, disertai dengan kapsyen:
"Macam mana nak bagitahu customer yang sebenarnya bukan baju Padini yang kecil tapi akak yang kena diet?"

Video berkenaan turut tersebar di platform media sosial lain sekali gus mencetuskan kemarahan pengguna yang mengecam kandungan terbabit kerana tidak sensitif terhadap pelanggan plus-size
"Apa benda ni, biadap gila," komen seorang pengguna X.
"Fat-shaming di tahun 2025 memang gila. Kenapa perlu sebut wanita? Sedangkan mereka boleh sebut 'pelanggan'," kata seorang pengguna lain.
"Padini body-shaming pelanggan mereka. Kita hidup dalam simulasi," tambah seorang lagi.

Dalam tempoh 24 jam, Padini menurunkan video tersebut dan mengeluarkan kenyataan maaf secara terbuka
Dalam satu kenyataan di TikTok hari ini, 30 Oktober, syarikat itu berkata:
"Padini Holdings ingin memberikan permohonan maaf yang ikhlas atas video di media sosial baru-baru ini yang tidak sensitif dan menyebabkan penyinggungan.
"Kami bertanggungjawab sepenuhnya dan telah menurunkan video tersebut daripada semua platform kami.
"Kami amat menyesali kesilapan dalam perkara ini dan kesan yang telah ditimbulkan. Kami menyedari kepentingan mendengar pendapat komuniti dan belajar daripada pengalaman ini.
"Pihak pengurusan sedang menyemak semula proses dalaman kami untuk mengelakkan isu serupa berlaku pada masa hadapan."
Padini menambah bahawa mereka tetap komited untuk melayan semua pihak dengan hormat dan saling memahami di samping berusaha mengekalkan kepercayaan pelanggan, pekerja serta orang ramai.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 