Orang Ramai Diingatkan Untuk Habiskan & Guna Kredit RM100 SARA Sebelum Tamat 31 Disember Ini!

Jangan lupa guna geng!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Bernama & SARA
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kredit one-off Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 untuk rakyat Malaysia berumur 18 tahun bakal tamat tempoh tak lama lagi di mana ia tidak lagi boleh digunakan selepas 31 Disember

Jika anda jarang menggunakannya atau tak pernah guna pun, kredit SARA ada disimpan terus dalam MyKad anda dan berfungsi seperti 'e-wallet' untuk membeli keperluan asas.

Walau bagaimanpun, skim ini bakal tamat tak lama lagi pada 31 Disember 2025, menyebabkan sebarang baki akan dihapuskan selepas tarikh tersebut.

Buat masa ini, anda masih boleh membelanjakannya di lebih 7,300 kedai yang tersedia untuk SARA, daripada pasar raya besar sehinggalah ke pasar mini dan kedai runcit, tetapi hanya untuk 14 kategori barangan keperluan seperti beras, barangan kebersihan, pembersih rumah dan peralatan sekolah.

SAYS.com
Image via SARA

Ini senarai barangan yang boleh dibeli menggunakan SARA:

  • Nasi
  • Telur
  • Mi segera
  • Barangan dalam tin
  • Minuman
  • Produk perencah
  • Biskut
  • Minyak masak
  • Roti
  • Produk kebersihan
  • Tepung
  • Barangan keperluan pembersihan rumah
  • Ubat-ubatan
  • Kelengkapan sekolah


Sementara itu, kerajaan telah mengesahkan bahawa semua warga Malaysia dewasa akan menerima bayaran SARA RM100 awal tahun depan.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bayaran tambahan itu yang dijangka diterima kira-kira 22 juta rakyat Malaysia, akan diagihkan pada pertengahan Februari 2026 untuk membantu menampung perbelanjaan menjelang Ramadan dan Tahun Baru Cina.

SAYS.com
Image via Bernama
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: