Orang Ramai Berpeluang Melihat Fenomena Gerhana Bulan Penuh Hari Selasa, 3 Mac Ini

Yang berbuka dekat luar tu ready tengok gerhana!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Orang ramai bakal dapat menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh pada esok, Selasa, 3 Mac 2026

Menurut Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), fenomena itu hanya boleh disaksikan dan berlaku sekali sahaja tahun ini di mana gerhana bulan seterusnya adalah pada 31 Disember 2028.

"Gerhana bulan fasa separa (U1) bermula pada jam 5.50 petang dan seterusnya memasuki fasa penuh (U2) pada 7.04 petang dengan kemuncak gerhana (GE) pada 7.33 petang.

"Fasa penuh akan tamat pada 8.02 malam dan memasuki fasa separa (U3) kembali sehingga jam 9 malam," katanya menerusi sebuah kenyataan.

MYSA memaklumkan, gerhana bulan berlaku apabila bumi berada di antara matahari dan bulan sehingga bayang-bayang bumi menutupi keseluruhan permukaan bulan menyebabkan bulan kelihatan kemerahan.

SAYS.com
Image via MYSA

Tempoh keseluruhan gerhana mengambil masa kira-kira 5 jam 39 minit

Bagi tempoh pada fasa penuh pula ia dijangka akan berlangsung selama hampir 58 minit.

"Bagi kebanyakan negeri di Semenanjung, bulan akan terbit dalam fasa penuh dan berkemungkinan sukar dilihat dengan keadaan langit senja yang masih agak terang.

"Bagi Kuala Lumpur, ketinggian bulan akan berada pada dua darjah dari ufuk Timur pada ketika kemuncak gerhana.

"Sabah dan Sarawak mempunyai peluang lebih tinggi untuk mencerap fenomena gerhana ini kerana bulan terbit lebih awal maka ia berada pada sudut lebih tinggi," katanya.

Gerhana Bulan boleh dilihat dengan mata kasar (bergantung kepada keadaan cuaca) namun penggunaan binokular atau teleskop akan membantu untuk melihat fenomena ini dengan lebih jelas.

SAYS.com
Image via MYSA

Berikut adalah garis masa kejadian mengikut fasa:

16:46 – Gerhana Penumbra bermula

17:52 – Gerhan Separa (Umbra) bermula

19:06 – Gerhana Penuh bermula

19:34 – Maksimum (Puncak Gerhana)

20:03 – Gerhana Penuh berakhir

21:17 – Gerhana Separa (Umbra) berakhir

22:22 – Gerhana Penumbra berakhir

Sumber: Almanak Falak Syarie Malaysia 2026 (JUPEM)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: