Orang Malaysia Terkejut Pekerja Airport Jepun Fasih Cakap Melayu – “Isteri Saya Orang Ipoh”

Intonasinya pun dah macam orang kita!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa je yang tak excited bila dengar orang bercakap menggunakan bahasa ibunda kita bila ada kat luar negara bukan?

Tapi yang boleh buat lagi tergamam adalah bila orang itu bukan orang kita tetapi orang tempatan di negara itu.

Itulah yang ditunjukkan oleh @harismohdghazali menerusi sebuah video perkongsianya di TikTok terkejut ditegur seorang pekerja tempatan dalam bahasa Melayu di Lapangan Terbang Fukuoka.

"Terkejut aku tiba-tiba dia faham aku tengah borak dengan isteri.

"Jarang-jarang boleh jumpa Japanese power cakap melayu ni," tulisnya.

SAYS.com
Image via TikTok

Fasih berbahasa Melayu sebab kahwin dengan orang Malaysia

Menurutnya lagi, lelaki Jepun itu fasih berbahasa Melayu kerana isteriya merupakan wanita yang berasal daripada Ipoh.

"Japanese kahwin dengan orang Ipoh, boleh cakap Melayu baik punya, sebab tu fluent," tulisnya.

Menerusi video tersebut, lelaki Jepun itu dilihat tidak kekok berborak dengan mereka sekeluarga dalam bahasa Melayu.

"Iyelah takkan tak faham, isteri aku orang Ipoh jadi boleh cakap Melayu lah, Saya selalu cakap masa kerja dekat KLIA kapal terbang Malaysia Airlines kerja sambilan," kata lelaki Jepun itu.

Lihat video tersebut di bawah:

@harismohdghazali

Jarang-jarang boleh jumpa Japanese power cakap melayu ni. Tapi sebab dia kahwin dengan Malaysian. Sebab tu fluent. So nak fluent Japanese kena kahwin dengan….. 😆🏃🏻🏃🏻🏃🏻

♬ original sound – Haris Ghazali – Haris Ghazali

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: