“Okay Ke Gaji Pemula Mahasiswa Tamat Belajar RM3,000?” – Ini Purata Gaji Fresh Grad 2025

Boleh tengok mengikut bidang masing-masing.

Enlarge text
Cover ImageCover image via UMP & Berita Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Berdasarkan portal carian kerja Indeed, purata gaji graduan baharu di Malaysia pada masa ini ialah RM3,079*

SAYS.com
Image via Indeed

Menurut sebuah perbincangan di Reddit pula, kebanyakannya bersetuju bahawa graduan baru biasanya menerima antara RM2,500 hingga RM3,500.

Sesetengah daripada pengulas di Reddit itu turut berpendapat bahawa adalah mungkin untuk mereka memperoleh lebih daripada RM4,000 dalam bidang tertentu, atau dengan kerja lebih masa (OT).

Tetapi bagi mereka yang baru melangkah ke alam pekerjaan, persoalan besar yang tinggal ialah: "Adakah RM3,000 dianggap sebagai gaji permulaan yang baik?"

Jawapan ringkasnya, ia bergantung mengikut keadaan.

Perkara pertama yang perlu dipertimbangkan ialah industri yang diceburi

Bagi industri seperti IT, kejuruteraan dan kewangan, RM3,000 mungkin berada di bawah purata.

Dalam bidang penjagaan kesihatan atau pendidikan, ia boleh dianggap munasabah manakala dalam industri kreatif, ia sebenarnya melebihi gaji peringkat kemasukan biasa.

SAYS.com
Image via SAYS

Gaji permulaan lepasan baharu sektor awam biasanya lebih rendah daripada gaji sektor swasta. Sebagai contoh, penjawat awam peringkat permulaan di gred 9 bermula sekitar RM 2,250 sebulan. Walau bagaimanapun, pekerjaan sektor awam selalunya datang dengan faedah jangka panjang yang mungkin kurang dalam sektor swasta.

Begitu juga dalam sektor non-profit, gaji permulaan cenderung lebih rendah daripada purata sektor swasta tetapi bagi sesetengah orang, persekitaran kerja yang bermakna boleh menggantikannya.

Perkara seterusnya yang perlu diambil kira ialah di mana anda berada

lLihat median pendapatan isi rumah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengikut negeri di bawah.

Ini bukanlah data graduan baharu tetapi ia memberikan gambaran kasar tentang tahap pendapatan berbeza bergantung pada tempat tinggal:

SAYS.com
Image via DOSM

Gaji RM3,000 mungkin selesa di bandar-bandar yang lebih kecil di mana sewa, makanan dan pengangkutan tidak menagmbil banyak jumlah daripada gaji anda.

Tetapi di Kuala Lumpur, jumlah yang sama boleh terasa sikit apabila anda mengambil kira kos sara hidup dan kos pergerakan yang lebih tinggi.

Itulah sebabnya adalah wajar melihat pertimbangan perkara-perkara seperti ini apabila memohon pekerjaan atau memikirkan tentang mencari tempat tinggal.

Satu cara yang boleh diterokai ialah mendapatkan peranan kerja yang boleh dilakukan secara remote dengan syarikat besar, sambil menikmati kos sara hidup yang lebih rendah di bandar yang lebih kecil.

Kebanyakan fresh grad hanya menumpukan pada gaji itu sendiri, tetapi banyak lagi yang perlu dipertimbangkan

Jika anda berpendapatan RM3,000, perkara pertama yang perlu anda cakna ialah tidak semua jumlah wang tunai RM3,000 itu dibawa pulang.

Selepas potongan KWSP, PERKESO dan EIS, anda akan dapat sekitar RM2,650.

SAYS.com
Image via Payroll

Walau bagaimanapun, faedah dan elaun tambahan yang disediakan oleh syarikat anda sebenarnya boleh beri impak kepada bayaran bulanan yang anda terima.

Beberapa faedah yang biasa diterima adalah seperti:

  • Jadual hybrid/bekerja dari rumah: Anda boleh menjimatkan ratusan ringgit untuk kos perjalanan dan penginapan
  • Faedah-flexi: Ini boleh termasuk tuntutan untuk cermin mata, pas gim dan faedah gaya hidup yang lain
  • Elaun: Untuk pergerakan, pengangkutan, gajet dan banyak lagi
  • Insurans: Sesetengah syarikat menyediakan lebih daripada sekadar insurans kesihatan asas termasuk pemeriksaan kesihatan, perlindungan pakar dan faedah bersalin

Inilah sebabnya mengapa anda bukan sahaja perlu melihat gaji yang dibawa pulang malah faedah yang datang bersamanya.

Satu lagi perkara penting yang perlu diingat ialah tidak setiap industri membayar bonus pada kadar yang sama

Menurut FastLane Recruit, mereka yang berada dalam industri perbankan dan kewangan berkemungkinan tinggi menerima bonus yang lebih banyak:

SAYS.com
Image via FastLane Recruit

Secara keseluruhannya, anda sendiri yang perlu memutuskan sama ada RM3,000 adalah gaji permulaan yang cukup ataupun tidak.

Ingat, di luar tawaran gaji, pertimbangkan perbelanjaan anda, jumlah faedah, dan prospek pekerjaan jangka panjang sebelum membuat keputusan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: