[GAMBAR] Habis Jahanam ‘oBike’ Bila Dapat Kat Orang Malaysia. Siapa Yang Salah?
Teruknya.
Cover image via FacebookTak fahamlah. Macam mana oBike ni boleh masuk sampai dalam longkang?
Image via Facebook
Image via Facebook
Inilah namanya pelik bin ajaib. Basikal oBike yang disediakan cukup sifat akhirnya dicampak sahaja ke dalam longkang oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.
Sedih betul melihat keadaan basikal-basikal ini.
Macam mana terkejut pun kita selepas melihat gambar-gambar di atas, itulah hakikat mentaliti segelintir rakyat kita yang masih di kelas ketiga
Pada saat ramai orang mendambakan kemudahan transportasi yang mampu permudahkan urusan untuk ke sana ke sini, ramai juga orang yang masih tidak pandai untuk menghargai.
Image via Facebook
Apabila sesuatu kemudahan sudah tersedia untuk diguna pakai oleh orang awam, pasti akan ada juga tangan-tangan yang bertindak memusnahkan kemudahan tersebut.
Tak tahu apa puncanya. Tetapi apa yang pasti, perkara ini tampak seperti sudah menjadi norma dalam masyarakat kita.
Lihat saja pada gambar ini.
Macam mana oBike ni boleh tergantung atas papan tanda?
Teruk kan? Gigih sungguh siapa yang mengangkat basikal tu.
Untuk makluman, oBike merupakan perkhidmatan menyewa basikal pertama di Malaysia. Ia disediakan bagi memudahkan pergerakan warga kota dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Pengguna perlu mendaftar untuk menggunakan perkhidmatan oBike melalui aplikasi khas dan bayaran juga dikenakan bagi setiap perjalanan.
Perkhidmatan oBike ternyata dapat memberi manfaat besar kepada orang ramai yang tidak mempunyai sebarang kenderaan untuk bergerak
Bukan setakat warga kota, oBike juga memberi kemudahan kepada para pelajar universiti untuk bergerak di sekitar kampus. Maklumlah, saiz universiti terlalu besar. Pelajar pastinya tidak akan mampu untuk berjalan ke sana ke mari.
Namun apabila kemudahan oBike telah tersedia, ini pula yang terjadi:
Image via Facebook
Image via Facebook
Image via Facebook
Lihat lagi gambar-gambar di bawah:
Image via Facebook
Image via Facebook
Image via Facebook
Image via Facebook
Image via Facebook
Image via Facebook

