7 Kenyataan ‘Janji Dicapati’ Nur Jazlan Berkenaan 1MDB Sebelum Rombakan Kabinet

Jom kita lihat kenyataan Nur Jazlan sebelum dan selepas rombakan kabinet.

Enlarge text
Cover ImageCover image via SAYS.com
Logo

Sebelum rombakan kabinet…

1. "Rakyat berhak mengetahui aktiviti perbelanjaan kerajaan kerana peruntukan itu adalah hasil pembayaran cukai mereka."

Nur Jazlan bersama Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

Image via www.thestar.com.my

2. "PAC komited menjalankan tanggungjawab dengan memanggil ketua pegawai eksekutif (CEO) dan bekas CEO serta pengarah dan bekas pengarah 1MDB untuk hadir bagi memberi keterangan."

3. "PAC meminta 1MDB menyerahkan semua dokumen penting kepada Jabatan Audit Negara. Tolong beri kerjasama. Sekiranya 1MDB gagal, kita menyerahkan kepada Kementerian Kewangan untuk tindakan lanjut."

4. "Jabatan Audit Negara perlu diberikan ruang secukupnya bagi melaksanakan audit terhadap 1MDB dan ia perlu dilakukan tanpa sebarang rasa takut atau ada campur tangan daripada mana-mana pihak."

5. "Kedudukan Jho Low sebagai penasihat khas disahkan Jabatan Audit Negara. Selepas kita dengar pelaburan yang dibuat 1MDB, termasuk PetroSaudi, kita buat keputusan untuk panggil Jho Low atas kapasitinya itu."

6. "Kita akan berjumpa dengan Ketua Audit Negara bagi membincangkan mengenai skop dan input tambahan yang boleh dikemukakan oleh PAC kepada audit berhubung isu 1MDB ini."

Tan Sri Ambrin Buang ketika mengumumkan Laporan Audit Negara pada Jun 2014.

Image via www.themalaysianinsider.com

7. "Bilangan pegawai kerajaan yang lebih sejuta orang menimbulkan masalah untuk menguruskan kewangan dengan baik. Tetapi yang penting matlamat kita untuk mengurangkan jumlah ketirisan, penyalahgunaan kuasa, elemen rasuah dan sebagainya."

Selepas rombakan kabinet…

"Saya berjanji untuk membantu Perdana Menteri dalam menjaga ketenteraman awam serta meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan. Pada masa sama, saya akan melepaskan jawatan selaku Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)."

Dengan pelantikan ini, semua prosiding yang diatur pada Ogos termasuk berkaitan 1MDB akan ditangguhkan sehingga barisan PAC baru dilantik pada persidangan Dewan Rakyat akan datang

Terlepas perkembangan terbaru? Ikuti segalanya DI SINI:

Bila perkara-perkara sebegini berlaku, rakyat Malaysia mula serlahkan kreativiti mereka di laman sosial:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: