Nor Khiriah Kongsi Momen Jadi Jenazah, Pesan Jangan Lupa Solat – “Air Mata Tak Berhenti”

"Pesan akak satu je, jangan tinggal solat waima kita ni jahat macam mana sekalipun," Nor Khiriah.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @khiriah17 (Instagram)
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelakon, Nor Khiriah berkongsi momen sebak ketika melakonkan babak pengebumian dan dimasukkan ke liang lahad baru-baru ini

Menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya, Khiriah yang memegang watak sebagai Nor dalam drama Seribu Tahun di samping Azhan Rani menyifatkan babak itu adalah momen yang amat bermakna dan mahal buatnya.

"Saat-saat memasukkan diri ke liang lahad. Akak yang minta pada pengarah, Shahrulezad Mohameddin untuk masuk liang lahad kemudian akak lupa. Nervous dan kemudian blur.

"Sampai di kubur, akak stuck. Air mata tak berhenti. Ya Allah. Pesan akak satu je, jangan tinggal solat waima kita ni jahat macam mana sekalipun. Jika ada rasa sayang dengan diri sendiri,"
katanya.

Suami hadiahkan kain kafan dua hari sebelum ulang tahun

"Terima kasih Allah atas hadiah yang cukup besar. Pada 9 April 2025, dua hari sebelum ulang tahun kelahiran Allah izinkan akak masuk liang lahad.

"Kemudian pada hari birthday pula suami hadiahkan kain kafan. Dosa banyak sampai Allah bagi nikmat ini. Momen ini mahal," katanya lagi.

Dalam pada itu, Khiriah turut mengucapkan terima kasih buat pengarah, Shahrulezad dan mendedahkan perkara itu dilakukan demi Allah SWT. Khiriah juga berterima kasih kepada semua warga kerja dan produksi drama berkenaan.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: