Noh Salleh Timang Cahaya Mata Pertama, Isteri Selamat Bersalin Lahirkan Puteri Sulung

Tahniah!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh umum isteri selamat melahirkan anak mereka yang pertama

Menerusi perkongsian Noh di laman Instagram miliknya, penyanyi itu memaklumkan bayi perempuan mereka lahir dalam keadaan yang sihat dan baik.

"Pada tanggal 21 November, isteri saya telah melahirkan anak kami yang pertama. Seorang anak perempuan yang sihat dan sangat cantik.

"Berkat doa restu orang tua, keluarga, sahabat dan anda semua, proses kelahiran sangat lancar dan meriah kerana ditemani pelukan ciuman dan sorakan," tulisnya.

SAYS.com
Image via @mohammadnohbinsalleh (Instagram)

Tara Svara, nama yang diberi kepada puteri sulung

Dalam hantarannya itu, Noh berkongsi bagaimana dia bersama isterinya, Fatin Athira menghadapi pelbagai ujian sebelum dikurniakan cahaya mata.

"Ia memerlukan kami mengharungi pelbagai ujian yang dahsyat untuk menyedari bahwa hanya ALLAH Yang Maha Esa yang menentukan masa yang sempurna untuk sesuatu dituliskan menjadi milik kita. Tidak lambat, tidak terlalu cepat, Perfect.

"Sebuah fasa baru untuk kami dan mohon kalian doakan journey sebagai parents ini sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Doakan Aku, Athira dan Tara Svara," tulisnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: