Nimroc Barbershop Kini Buka Cawangan Ke-20 Di The Campus, Ampang

Pembukaan cawangan di The Campus, Ampang juga sejajar dengan strategi Nimroc untuk lebih dekat dengan komuniti setempat.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Nimroc
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Buat julung-julung kalinya, jenama gunting rambut tempatan, Nimroc Barbershop terus melebarkan sayapnya dengan pelancaran cawangan terbaharu dan yang ke-20 di The Campus, Ampang

Menurut Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ardy Damis, berkata pencapaian ini membuktikan perkembangan positif Nimroc yang bermula secara kecil-kecilan di bawah kanopi di Pasar Malam Downtown Cheras, sebelum berkembang kepada rangkaian outlet dan akademi latihan profesional.

"Alhamdulillah, dari bermula dengan satu kerusi di pasar malam, hari ini Nimroc sudah melahirkan ramai barber profesional melalui Nimroc Academy dan mampu berdiri di lokasi strategik seperti The Campus Ampang.

"Lokasi ini dipilih kerana kedudukannya yang berpotensi tinggi serta menjadi tumpuan masyarakat bandar,"
kongsinya.

SAYS.com
Image via Nimroc

Pembukaan cawangan di The Campus, Ampang juga sejajar dengan strategi Nimroc untuk lebih dekat dengan komuniti setempat.

"Kami mahu pelanggan merasai pengalaman yang konsisten dan profesional di setiap outlet. Dengan adanya The Campus Ampang, kami yakin ia akan menjadi salah satu pusat tumpuan pelanggan tetap dan pelanggan baharu," ujarnya.

SAYS.com

Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Nimroc, Ardy Damis.

Image via NimrocImage via

Nimroc amalkan konsep associate partner, di mana pekerja berpengalaman berpeluang memiliki pegangan saham outlet

"Di Nimroc, kami bukan sekadar membuka cawangan baharu, tetapi membuka peluang kerjaya yang jelas. Dari akademi, mereka bermula sebagai pelajar, kemudian barber junior, seterusnya manager dan akhirnya associate partner. Itulah kekuatan model perniagaan kami," katanya.

"Buat masa ini, Nimroc beroperasi di sekitar Lembah Klang, namun syarikat merancang membuka akademi di Johor dan Pulau Pinang sebagai persiapan sebelum menembusi pasaran lebih luas.

"Kami mensasarkan 100 outlet dalam tempoh lima tahun. Tahun ini lima outlet baharu, tahun depan pula 10 outlet lagi. Insya-Allah The Campus Ampang ini akan menjadi titik permulaan untuk pencapaian lebih besar,"
kongsinya.

SAYS.com

Associate Partner Nimroc outlet The Campus, Ampang, Ahmad Zakhwan Rajudin.

Image via Nimroc

Dalam pada itu, Associate Partner Nimroc outlet The Campus, Ampang, Ahmad Zakhwan Rajudin, meluahkan rasa syukur dan menekankan betapa pentingnya sokongan keluarga, rakan-rakan dan pelanggan sepanjang perjalanan kariernya.

"Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Tanpa izin-Nya kita tidak akan sampai ke hari bersejarah ini. Hari ini bukan sekadar pembukaan kedai baru, tetapi simbol bahawa dengan usaha, disiplin dan semangat, kita mampu mencapai kejayaan,"
katanya.

Bersempena pembukaan rasmi The Campus, Ampang, Nimroc menawarkan gunting rambut percuma untuk 20 pelanggan pertama serta baucar diskaun 10 peratus sebagai penghargaan kepada pelanggan baharu.

SAYS.com
Image via Nimroc

Untuk rekod, Nimroc diasaskan oleh Ardy Damis pada 2009, dengan visi jelas iaitu untuk memberikan perkhidmatan menggunting rambut yang profesional, beraspirasi dan mudah diakses.

Dari permulaan yang sederhana dengan sebuah kedai di bawah khemah di Pasar Malam Downtown, Cheras, Ardy Damis membina Nimroc kepada satu gerakan yang melatih, memberdayakan dan mengilhamkan tukang gunting rambut untuk berkembang menjadi usahawan, menandakan transformasi yang membawa harapan baru kepada komuniti.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh sahaja layari laman web rasmi Nimroc atau follow mereka di Facebook atau Instagram.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: