Nicholas Sagau Dilantik Sebagai Presiden Malaysia Digital Association (MDA). Tahniah!

Pengarah Urusan PHD Malaysia, Eileen Ooi pula sebagai naib presiden.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Malaysia Digital Association (Facebook)
Logo

Malaysia Digital Association (MDA) telah melantik Ketua Pegawai Produk REV Media Group (RMG), Nicholas Sagau sebagai presiden baru-baru ini

Selain itu, Pengarah Urusan PHD Malaysia, Eileen Ooi pula sebagai naib presiden ketika Mesyuarat Agung Tahunan Ke-11.

Menurut Nicholas Sagau, prestasi industri digital Malaysia semakin baik sejak belakangan ini. Oleh itu, mereka berhasrat untuk mencapai kejayaan dengan bekerjasama rapat sebagai salah satu ekosistem. Yang paling penting, mereka akan mewakili ketiga-tiga sektor media digital ini sebagai agenda kerajaan.

"Saya rasa ini satu penghormatan kerana diberi peluang memimpin persatuan ini.

"Bahkan, tahun ini merupakan tahun yang sangat mencabar dan kami akan bekerja keras untuk memperluas kapasiti MDA sebagai platform untuk menangani cabaran mendatang," katanya.

Ujarnya lagi, dia akan bekerjasama dengan ahli majlis untuk membuka lebih banyak peluang dan terus menyediakan platform untuk mereka bertemu, belajar dan bekerjasama dalam meningkatkan industri ini

Selain Nicholas Sagau, Mesyuarat Agung itu juga telah melantik Ketua Pembekalan dan Pembangunan Produk GroupM Malaysia, Aravind Menon sebagai setiausaha dan Ketua Strategi dan Pembangunan Perniagaan ADV Malaysia Sdn Bhd Asia Tenggara, Sophia To sebagai bendahari.

Antara Ahli Majlis lain yang dipilih adalah 16TWO Communication Labs Sdn Bhd, Astro Radio Sdn Bhd, Carat Media Services (M) Sdn Bhd, Google Malaysia Sdn Bhd, IPG Mediabrands Sdn Bhd, Mudah.my Sdn Bhd, Nuffnang Sdn Bhd, Rev Social Malaysia Sdn Bhd dan Star Media Group Bhd.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel berkaitan hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: