Niat Nak Healing Tapi Spek Pula Hilang Masa Mandi Air Terjun Ini Buat Ramai Boleh Relate
Sabar bang, ini dugaan ketika musim panas.
Cover image via @thejerin (TikTok)Kesibukan kerja atau belajar menyebabkan ramai memerlukan masa untuk mencari ketenangan hidup
Ia boleh dikatakan healing. Meluangkan masa di tempat-tempat dengan pemandangan yang aesthetic dan melakukan aktiviti yang menyeronokkan.
Namun, lain pula yang jadi apabila baru-baru ini tular dalam sebuah video apabila seorang lelaki berkongsi pengalamannya healing telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video perkongsian itu di bawah:
Sedar hilang spek lepas mandi air terjun
Menerusi video yang dimuat naik oleh @thejerin di TikTok, kelihatan seorang lelaki dirakam sedang mandi sambil healing di sebuah kawasan air terjun di Panching, Kuantan.
Apa yang mencuit hati adalah ketika dia leka berseronok mandi-manda di kawasan berkenaan, spek matanya telah hilang. Dia dilihat menyedarinya semasa ingin membaiki keadaan 'spek mata' nya.
Dalam video itu kelihatan dia mencari-carinya di sekitar kawasan dia mandi dan juga atas pahanya kerana takut terjatuh namun semuanya gagal. Difahamkan, dia masih tidak menjumpai spek matanya.
Image via @thejerin (TikTok)
"Spek mate kalau hilang, auto stress, auto angin satu badan, serba tak kena, kena pula cermin tebal special order kena tunggu 1 minggu" – Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 405.7K views, 16.2K likes dan 126 comments di TikTok.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut boleh relate dengan lelaki ini ketika kehilangan spek mata.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @thejerin (TikTok)
Image via @thejerin (TikTok)
Image via @thejerin (TikTok)
Image via @thejerin (TikTok)
Image via @thejerin (TikTok)
Kalau hilang spek, memang ibaratnya macam dua nikmat kena tarik (pekak+buta) ya. Admin harap sangat korang faham 🙁
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik

