Netizen Terkejut Jumpa Minyak Dagu Bersepah Dijual Atas Talian, Siap Gred A+ Buatan Siam!

Betul kata orang, dunia sekarang di hujung jari sahaja.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Twitter @MuhammadAdibbb & Google
Logo

Orang ramai kini memilih untuk membeli-belah secara online kerana bukan sahaja ia lebih memudahkan namun ia turut menjimatkan masa

Bayangkan, jika tidak menggunakan kaedah online, anda perlu bersiap untuk ke pasar raya, memandu, mencari parking, kemudian menghabiskan masa untuk mencari dan memilih barang, beratur untuk membayar sebelum pulang semula ke rumah. 

Sedangkan jika anda menggunakan kaedah atas talian, hanya perlu klik dan tunggu barangan dihantar ke depan rumah. Sangat mudah!

Selain itu, barangan online juga selalunya lebih murah berbanding membeli di pasar raya serta tidak terhad kepada barangan tertentu sahaja. Percaya atau tidak, pembeli kini boleh membeli barangan basah, peralatan rumah, baju, peralatan elektronik dan banyak lagi barang lain menerusi pembelian atas talian ini. 

Gambar sekadar hiasan.

Image via Opera

Bagaimanapun, walaupun kaedah ini memudahkan namun ada juga keburukannya

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter iaitu Muhammad Adibbbb berkongsi penemuan aneh di sebuah laman web yang menjual minyak dagu dan patung pengikat pengasih secara online

Lebih mengejutkan apabila penjual tersebut turut menulis secara terperinci mengenai produk yang dijualnya di ruangan maklumat. 

Setakat artikel ini ditulis, perkongsiannya telah mendapat hampir 9 ribu ulang kicau dan 6.8 ribu tanda suka. 

Dalam pada itu, dia turut mendedahkan jualan barangan mistik tersebut juga ada dijual secara terang-terangan di tempat terbuka

Susulan itu, warganet cuba untuk memastikan sama ada dakwaan lelaki itu sahih atau tidak

Sementara itu, netizen segera mengambil tindakan membuat laporan terhadap penjual online ini

Macam-macam benda pelik yang kita boleh temui online. Semoga perkara ini dapat dijadikan pengajaran dan jangan terpengaruh dengan benda-benda syirik ini ya!

Image via Google

LIKE [Facebook]
(https://www.facebook.com/SAYSSeismik/?ref=aymt_homepage_panel) dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga artikel ini:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: