Netizen Puas Hati Tengok Babak Amyra Rosli Sumbat Nasi Ke Mulut Adi Putra – “Ambik Kau!”
Melawan hukum cliche ni!
Cover image via @tv3malaysia (TikTok)
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Drama bersiri terbaharu di TV3, Sekam Di Dada semakin mendapat perhatian penonton apabila babak Amyra Rosli menyumbat nasi ke dalam mulut Adi Putra baru-baru ini
Menerusi sebuah klip yang tular di laman TikTok, Orkid (Amyra Rosli) yang merupakan seorang wanita terperangkap dalam perkahwinan toksik bersama suaminya, Nasir (Datuk Adi Putra) tidak dapat menahan geram apabila makanan yang dimasaknya menerima kritikan daripada si suami.
Image via @rayyanrynz (TikTok)
Image via @rayyanrynz (TikTok)
Walau bagaimanapun, babak itu hanyalah khayalan Orkid semata-mata
Hakikatnya, dia hanya mampu berdiam diri dan menurut sahaja kehendak Nasir. Susulan itu, ramai netizen kecewa kerana babak tersebut tidak terjadi betul-betul.
Siapa sangka, di sebalik imej sempurna sebagai suami dan bapa, Nasir menyembunyikan sisi gelap yang menyeksa Orkid secara emosi.
Untuk info, konflik utama bermula apabila Nasir jatuh sakit dan kehilangan keupayaan berjalan. Secara mengejut, Orkid telah menuntut cerai sekali gus ia mencetuskan kemarahan Nasir dan rasa kecewa anak-anak mereka, Nazman (Apich Lo) dan Sara (Auni Yusri).
Konflik menjadi semakin rumit apabila kekasih lama Orkid, Arif (Josiah Hogan), kembali ke dalam hidupnya.
Image via TV3 Malaysia
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


