Netizen Mahu Khairy Jadikan Bront Palarae Sebagai Pengulas ‘Final’ Bola Sepak Sukan SEA
Ini menunjukkan lakonan Bront dalam Ola Bola benar-benar berkesan.
Cover image via SAYSKemenangan Malaysia dalam semi final menentang Indonesia Sabtu lalu telah melayakkan Malaysia ke perlawanan akhir menentang Thailand, Selasa ini
Dengan skor 1-0, jaringan tunggal penyerang negara, **N. Thanabalan** pada aksi separuh akhir di Stadium Shah Alam menyebabkan seisi stadium bergema dengan sorakan kegembiraan dari penyokong-penyokong bola sepak tanah air.
Skuad negara bimbingan Datuk Ong Kim Swee akan bertemu Thailand dalam pentas final di Stadium Shah Alam, Selasa ini.
Seperti biasa kemenangan pasukan bola sepak itu mendapat sambutan hangat oleh netizen. Berita gembira tersebut dikongsi di media sosial termasuklah laman Twitter.
Namun, kali ini orang ramai menyimpan satu hasrat dan menginginkan YB Khairy Jamaluddin untuk merealisasikan hasrat tersebut menjelang perlawanan akhir nanti.
Orang ramai berharap agar pelakon lelaki terkenal, **Bront Palarae**, dapat menjadi pengulas bagi perlawanan akhir tersebut. Tetapi mengapa pula Bront Palarae?
Image via gosiptehtarik.blogspot.my
Masih ingat lagi watak Rahman yang dipegang oleh Bront Palarae dalam filem Ola Bola? Kali ini, orang ramai ingin watak tersebut betul-betul 'hidup' di perlawanan yang sebenar dan bukan lagi di dalam filem semata-mata
Idea tersebut disampaikan oleh seorang pengguna Twitter, [Along Pinot](https://twitter.com/Alongmuizz/status/901466189397766144) melalui *tweet*-nya pada malam kemenangan pasukan Malaysia, Sabtu lalu.
Image via Along Pinot/Twitter
**"Kami mahu Bront Palarae menjadi pengulas final Sukan Sea. Tolonglah jadikan ia realiti Khairy Jamaluddin,"** tulisnya.
Sehingga kini *tweet* tersebut telah diulang kicau *(retweet)* sebanyak lebih 32 ribu kali dan rata-rata netizen menyokong idea tersebut.
Image via Along Pinot/Twitter
Image via Along Pinot/Twitter
Idea tersebut juga telah disokong oleh pelakon wanita terkenal, Sharifah Amani
Image via Sharifah Amani/Twitter
Bagaimanapun sesetengah netizen tidak bersetuju dengan idea tersebut kerana apa yang dilakukan Bront dalam Ola Bola adalah sekadar lakonan yang memerlukannya menghafal skrip yang diberikan.
Pada mereka, untuk menjadi pengulas sukan bola sepak negara, pengetahuan mengenai bola sepak tanah air perlulah meluas.
Image via Along Pinot/Twitter
Image via Along Pinot/Twitter
Namun, menerusi laman Twitter miliknya, Bront seolah-olah memberi hint bahawa dia tidak bersetuju dengan idea tersebut. Bront telah mengicau semula (retweet) respon seorang pengguna Twitter mengenai idea tersebut
Image via Bront Palarae/Twitter
Dan semalam, dalam laporan [mStar](http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/08/27/bront-palarae-pengulas-sukan/), Bront memberitahu, dia tidak merasakan dirinya layak menggalas peranan itu kerana masih ramai pengulas sukan berpengalaman dan berkaliber untuk melakukan tugas itu.
Image via Astro Shaw


