“Kebanyakan Yang Bengap Semua Masuk UiTM”- ‘Tweet’ Lelaki Ini Buat Netizen Bengang
Kenapalah boleh kata begini?
Cover image via postimg.orgSedia maklum, Khamis lepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 telah dikeluarkan dan ia nampaknya menjadi trending di Twitter untuk beberapa hari yang lalu.
Apabila scroll saja Twitter, anda pasti akan lihat begitu banyak *tweet* yang berkaitan SPM 2015 dibuat. Namun, dalam banyak-banyak *tweet* tersebut, ada satu *tweet* **pedas** seorang lelaki mengenai UiTM yang mendapat perhatian ramai.
Image via www.mysumber.com
Satu akaun Twitter bernama Ian Zainal telah mengeluarkan satu kenyataan pedas berbaur kutukan yang menyebabkan kebanyakan netizen menjadi bengang
Image via The Patriots/Facebook
Dalam beberapa minit, *tweet* itu telah mendapat 162 *retweets* dan 40 *likes*. Malah satu akaun bernama Adi membalas *tweet* tersebut dengan mengatakan **"aku terharu betul, ada juga yang sependapat dengan aku."**
Tweet itu bukan saja viral di Twitter, malah turut viral di Facebook. Pelbagai komen dilontarkan oleh netizen. Ada yang marah, ada juga yang jadikan pengguna akaun tersebut sebagai bahan jenaka.
Apa pula yang dipertahankan oleh netizen? Inilah 4 jenis komen yang dapat kami rangkumkan:
1. Ini mesti kes tak dapat masuk UiTM
2. UiTM bengap? Tapi kenapa menang pidato wakil peringkat antarabangsa?
Image via null
3. Saya produk UiTM dan kini saya…
4. Mak pesan dah jangan tegur. Pontianak tu.
Image via Twitter.com
Setelah dihentam ramai, Ian Zainal telah 'memanggakan' akaunnya. Namun selepas beberapa hari, 'mangga' tersebut dibuka semula. Kami sendiri tak pasti kenapa.
Image via Twitter @ianzainal
Tapi menurut Ian, inilah maksud sebenar tweet tersebut. Anda rasa bagaimana?
Image via Twitter @ianzainal
Kami sebenarnya agak *blur* dengan kenyataan lelaki ini dan tak nampak apa motif sebenar yang cuba ingin disampaikannya.


