Netizen Berdebat, Tuan Rumah Perlu Sediakan Air Kosong Satu Jag Buat Tetamu Ketika Beraya
Ramai yang memberikan pendapat mereka masing-masing.
Cover image via Everbest (Gambar sekadar hiasan)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Hari raya adalah waktu di mana kita menyambutnya dengan penuh meriah bersama ahli keluarga dan sanak saudara
Kemeriahan juga dirasai dengan pelbagai juadah hari raya seperti ketupat, lemang, lodeh dan banyak lagi juadah lain.
Air minuman juga adalah perkara yang penting untuk tetamu yang hadir, kebiasaannya tuan rumah akan menyediakan pelbagai jenis air dan sudah tentunya ia mempunyai kandungan gula atau susu.
Di media sosial, isu penyediaan air kosong ketika beraya menjadi perbualan hangat dan ramai yang memberikan pendapat mereka masing-masing.
Image via Threads
Jarang sekarang air kosong dihidang, kena minta dahulu baru tuan rumah sediakan?
Malah, perkara itu turut diingatkan oleh Doktor Rafidah di laman X agar tuan rumah tidak lupa untuk menghidangkan air kosong selain daripada air yang manis.
Perkara itu menjadi perdebatan ramai di media sosial, di mana ada yang menyuruh agar meminta sahaja air kosong pada tuan rumah.
Image via @rafidah72 (X)
Tetapi, ada juga pengguna yang berpendapat agar ia adalah perkara yang perlu dihidang ketika berkungjung ke rumah.
Apatah lagi bagi mereka yang sudah berusia kerana agak berbahaya untuk minuman manis.
Ramai juga yang bersetuju untuk tuan rumah menyediakan air kosong ketika tetamu hadir.
Image via X
Image via X
Image via X
Image via Threads
Bukan itu sahaja, ada juga yang menyifatkan tetamu perlu berani meminta air kosong kepada tuan rumah.
Lihat antara komen di bawah:
Image via Threads
Image via Threads
Image via Threads
Jadi pendapat anda bagaimana? Tuan rumah perlu sediakan, atau kalau nak tetamu boleh minta saja?
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


