Netizen Berdebat Isu Anak Dara Tak Digalakkan Kahwin Dengan ‘Kaki Game’ & Panas Baran
"Jangan salahkan gamer kak, tak semua kaki game tu baran" – Netizen.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang individu mencetuskan perdebatan netizen di laman X baru-baru ini selepas menasihatkan anak dara di luar sana agar tidak mengahwini lelaki gamer
Menerusi perkongsian ciapan oleh @meinmokhtar, wanita itu berkongsi situasi anaknya ditolak oleh suaminya yang kaki game dan baran.
Dia juga mengingatkan para gadis jika ingin mencari suami, elakkan yang kaki game dan panas baran.
"To anak dara out there, nak cari husband nanti elakkan yang kaki game + baran. Husband aku tolak and marah anak aku 1 tahun 9 bulan yang ajak dia main sekali. Meanwhile dia tengah main ML," katanya.
Image via @meinmokhtar (X)
Susulan itu, perkongsian telah menimbulkan kemarahan segelintir netizen kerana wanita berkenaan seolah-olah 'pukul rata' semua gamer panas baran
"Kaki game takde kaitan dengan baran ye, Dia kalau dah baran, kaki game ke kaki botol ke kaki bangku ke, kau tetap kena tibai. Jangan jadi bangang. Kau kahwin dengan orang baran, tiber salahkan dia kaki game pulak.
"Jangan salahkan gamer kak, tak semua kaki game baran. Dah lah laki main game phone je, pastu claim kaki game. Merosakkan nama gamer seMalaysia.
Dah tau laki tu baran pergi kawin jugak kenapa?
"Aku kaki game jugak takda nak baran pon. Tengah rank dota-dota anak mai tekan power button pc. Aku geleng kepala ja. Wife aku gelak ja kat aku. Aku tak marah pun. Hari hari aku main game anak kacau aku. Sikit pun tak marah. Laki hang yang baran jangan nak kaitkan dengan kaki game," kata netizen.
Image via @meinmokhtar (X)
Image via @meinmokhtar (X)
Image via @meinmokhtar (X)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 