Akta Dipinda, Saluran Netflix Dan iflix Bakal Dikenakan GST
Apa pandangan anda?
Cover image via wsj.netSyarikat ekonomi digital antarabangsa yang beroperasi di Malaysia seperti Netflix dan Iflix dijangka akan dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), lapor malaysiakini sebentar tadi
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kastam Datuk Seri Subromaniam Tholasy, percukaian itu dapat menambahkan hasil kutipan kepada kerajaan.
Katanya lagi, GST merupakan kaedah yang terbaik bagi memungut cukai perkhidmatan ekonomi digital berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
"Kalau nak (cukaikan mereka, kita perlu) satu sistem percukaian moden, komprehensif dan progresif, nama cukainya adalah GST," sambungnya lagi
Beliau berkata kerajaan perlu berbuat demikian terhadap perniagaan dalam talian atau berdepan kehilangan pendapatan jika undang-undang itu tidak dipinda.
"Kalau masuk balik SST hilanglah satu sumber pendapatan yang besar, sekarang semua perkara dah guna digital dan kita tak boleh nak cukaikan kalau guna SST," katanya.
Image via time.com
Pihaknya telah mengeluarkan sebanyak 62,000 notis kepada syarikat yang tidak mengemukakan cara percukaian GST dengan betul sehingga pertengahan tahun ini
Image via www.techniasia.com
MOST READ


