[VIDEO] “Kami Hanya Bergurau” – Nenek Dipukul Dengan Lima Orang Minta Hentikan Spekulasi
Tak macam bergurau pun.
Cover image via SAYSSejak dua hari lepas, sebuah video menunjukkan seorang wanita warga emas berbangsa India dipukul beberapa kali dan dimarahi menjadi viral di laman sosial
Video berdurasi 47 saat itu menunjukkan nenek tersebut seperti dibuli oleh beberapa individu yang dipercayai turut tinggal di rumah berkenaan.
Ruangan komen dibanjiri dengan pelbagai reaksi dari orang ramai. Masing-masing meluahkan rasa simpati terhadap nenek tersebut serta memarahi tindakan tidak berperikemanusiaan individu yang terlibat.
Dua hari kemudian, nenek itu muncul sekali lagi dalam sebuah lagi video. Tetapi kali ini, dia memohon agar pihak berkuasa tidak mengenakan apa-apa tindakan kerana menurutnya, mereka sebenarnya hanya "bergurau" sahaja.
*Vanakam, Nama saya Anjalai. Seseorang dengan niat jahat telah membuat laporan polis mengenai video ini. Saya sebenarnya hanya bermain dengan cucu saya, tiada apa pun yang benar. Tolong padam video ini. Saya hanya bermain, tolong padamkannya. Saya tinggal di rumah seorang kenalan dan mereka telah menjaga saya selama ini. Bukan anak-anak saya yang menjaga saya. Oleh itu, saya tidak mahu terlibat dalam apa-apa masalah disebabkan isu ini. Tolong padam video ini.*
Walau bagaimanapun, polis tetap meneruskan siasatan dengan menahan lima individu iaitu empat wanita dan seorang lelaki di lokasi rakaman di Flat Sri Pulau Pinang, Taman Tenaga, Cheras
Image via www.therakyatpost.com
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
MOST READ

