Negeri Kedah Ambil Langkah Untuk Tidak Haramkan Penjualan Vape Secara Drastik
Walau bagaimanapun, pembaharuan lesen premis akan dihentikan setelah tamat tempoh.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kedah tidak bercadang untuk mengharamkan penjualan vape di negeri itu dengan cepat
Menerusi laporan Kosmo, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor memberitahu keputusan untuk mengharamkan penjualan vape perlu mengambil kira status lesen premis yang sudah dikeluarkan kepada peniaga terlibat.
"Minggu lepas saya sudah maklumkan langkah-langkah yang perlu kita lakukan iaitu lesen sedia ada kena mati dahulu sebab kita pernah hadapi kes mahkamah bagi kes yang lain.
"Walaupun lesen dah mati tapi ia ada 'loop hole', takut kita terlepas pandang dan disaman. Apabila lesen mati, lesen baharu tidak akan dikeluarkan," katanya.
Penjualan vape di kaunter akan dibasmi
Dalam pada itu, Sanusi memberitahu vape dijual di kaunter kedai-kedai runcit dan perkara tersebut juga tidak dibenarkan dan akan dibasmi sepenuhnya.
"Lebih baik kita tak jual. Kepada peniaga dan rakan-rakan yang mencari makan dengan penjualan vape, mungkin kita anggap kita jual perisa durian, epal, vanila tetapi ada pihak yang ambil kesempatan itu untuk jual dadah sintetik bentuk cecair.
"Jadi lebih baik kita elak kerana yang dapat manfaat hanya beberapa orang tapi mudaratnya terlalu berat atau parah untuk diubati pada masa depan," ujarnya.
Difahamkan, mengikut data Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kedah merupakan antara negeri tertinggi berkaitan kadar penyalahgunaan dadah.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via