Neelofa Umum Aplikasi TheNoor Kini Tersedia Untuk Model Proton Terpilih
Bagus juga app ni!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Aplikasi yang memfokuskan gaya hidup Muslim, TheNoor kini tersedia untuk model kereta Proton terpilih
Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif TheNoor, Neelofa, dalam kenyataannya di laman sosial memaklumkan aplikasi ini boleh dimuat turun ke dalam peranti paparan kenderaan Proton yang mempunyai fitur itu.
"Kini, aplikasi TheNoor boleh dimuat turun dengan mudah ke dalam kereta Proton terpilih, membawa kemudahan dan kerohanian terus ke papan pemuka anda.
"Pandu dengan matlamat. Perkasakan perjalanan anda di jalan dan lebih daripada itu," katanya.
Menurut Neelofa, model Proton yang menyokong aplikasi ini ialah X70 2022. S70 2023, X90 2023, X50RC 2024, X70MC2 2024, X50FL 2025 dan e.Mas5.
Aplikasi yang membantu urus rutin seharian seorang Muslim
Menurut deskripsi maklumat pada aplikasi ini, TheNoor dicipta dengan elemen yang tepat dan tersusun yang sesuai dengan keperluan setiap Muslim tanpa mengira bangsa dan latar belakang.
Antara ciri-ciri aplikasi ini untuk Premium TheNoor ialah:
- Al-Quran dalam terjemahan berbilang bahasa dengan suara latar.
- Waktu solat seluruh dunia dengan tetapan automatik & manual.
- Kiblat dengan pengesanan lokasi masa nyata.
- Pilihan berbilang tema untuk dipilih.
- Format audio resolusi tinggi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 