National Geographic Nafi Dakwaan Lelaki Dari Malaysia Terpilih Sertai Program Berprestij Mereka

Sebelum ini, lelaki tersebut telah mengumumkan terpilih sebagai salah seorang National Geographic's Explorers.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Tinesh Sritharan (Disediakan kepada SAYS)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

National Geographic telah menafikan dakwaan seorang jurugambar dari Malaysia yang mengatakan dia dipilih untuk sebuah program berprestij anjuran organisasi tersebut

Untuk rekod, program The National Geographic Society's Explorer menyokong individu yang bekerja dalam projek berkaitan dengan sains, penerokaan, pemuliharaan, pendidikan dan penceritaan.

Terdahulu, dalam sebuah temu bual bersama SAYS, Tinesh Sritharan berkata organisasi itu memilihnya sebagai Explorer untuk mendokumentasikan kisah hidupan liar di Rizab Negara Masai Mara di Kenya.

Pencapaian yang diumumkannya itu telah mendapat perhatian negara dengan ramai rakyat Malaysia mengucapkan tahniah dan berkongsi rasa bangga mereka.

SAYS.com
Image via Tinesh Sritharan (DIsediakan kepada SAYS)

Nama tidak ditemui dalam direktori Explorer National Geographic, organisasi tersebut mengesahkan dakwaan lelaki tersebut tidak benar

Bagaimanapun, selepas menyedari namanya tidak ditemui dalam direktori Explorer National Geographic, pihak SAYS bertindak menghubungi organisasi itu untuk mengesahkan pemilihannya.

Dalam sebuah e-mel yang diterima SAYS, Natasha Daly, pengurus kanan dan editor di National Geographic, menyatakan, "Tinesh Sritharan bukan seorang Explorer. Surat yang anda lampirkan adalah surat palsu yang tidak tulen."

Di bawah merupakan surat penerimaan yang didakwa diterima oleh Tinesh daripada National Geographic:

SAYS.com
Image via Tinesh Sritharan (Disediakan kepada SAYS)

Jurugambar dari Malaysia itu berkata dia keliru dengan keadaan yang terjadi

Menurut Tinesh, dia pada mulanya telah melakukan projek fotografi untuk penerbitan yang berpotensi dilakukan bersama National Geographic.

Dia menghantar hasil kerja projeknya mengenai Great Migration dan pemuliharaan hidupan liar kepada pengarah kanan storytelling National Geographic, Sadie Quarrier, pada 4 November 2024. Dia mendakwa telah menghantarnya ke alamat e-mel rasmi National Geographic milik Quarrier. Selepas tidak menerima balasan, dia bertindak memadam e-mel tersebut.

Pada 16 April 2025, dia telah menerima sebuah e-mel bertajuk 'National Geographic Assignment Approval – Projek Pemuliharaan Hidupan Liar Masai Mara', memaklumkan kepada Tinesh bahawa tawarannya telah diluluskan, dengan surat penerimaan dilampirkan.

Di bawah adalah email yang diterimanya:

SAYS.com
Image via SAYS

Walau bagaimanapun, e-mel tersebut datang daripada alamat yang berbeza daripada alamat rasmi Quarrier dan menggunakan domain Gmail dan bukannya National Geographic.

"Ini adalah satu-satunya perkara yang saya terima. Saya hilang kata-kata," katanya kepada SAYS.

Dia menambah, dia tidak menerima 'paket taklimat yang mengandungi butiran logistik, protokol keselamatan, dan syarat rasmi penglibatan' dalam surat berkenaan.

Walaupun Tinesh tidak secara langsung memberi respon berkaitan penafian National Geographic terhadap dakwaannya, dia berkata, "Saya tidak faham dengan apa yang berlaku pada masa ini. Adakah seseorang mempermainkan saya atau sesuatu? Kalau tidak tak adalah saya nak menyusahkan sesiapa dan diri saya sendiri untuk turun ke sini ke Afrika."

Pihak SAYS telah menghubungi National Geographic untuk mengesahkan ketulenan e-mel tersebut tetapi masih belum menerima jawapan.

Dalam sebuah kenyataannya sebelum ini, Tinesh mendakwa projeknya telah disokong oleh beberapa penaja, termasuk MIC, Wedding Professionals Alliance Malaysia (WPAM), Sony Malaysia dan Affinity Realty

Menerusi laporan FMT, Tinesh telah menerima cek RM15,000 daripada MIC untuk membantunya menjalankan projek di Kenya.

Ketika dihubungi SAYS, MIC mengesahkan bahawa Tinesh telah bertemu dengan pihak berkenaan untuk menerima sumbangan tersebut.

SAYS juga telah menghubungi pihak penaja lain yang dimaklumkan Tinesh untuk pengesahan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: