NASOM Perkenal Logo Baharu Secara Rasmi Bagi Memperkasa Komuniti Autisme Di Malaysia

Pengenalan logo baharu ini untuk menampilkan identiti yang lebih moden, progresif dan seiring dengan perkembangan semasa.

Enlarge text
Cover ImageCover image via NASOM
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) hari ini melakar detik penting dalam sejarah organisasi mereka dengan memperkenalkan logo baharu yang melambangkan evolusi persatuan, diikuti perasmian rasmi Pejabat Sekretariat NASOM yang terletak di Pacific Place Commercial Centre, Ara Damansara

Majlis bersejarah ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Pengenalan logo baharu ini membawa aspirasi NASOM untuk menampilkan identiti yang lebih moden, progresif, dan seiring dengan perkembangan semasa. Perubahan ini mencerminkan tekad berterusan persatuan dalam memperkukuh peranan sebagai peneraju perkhidmatan dan advokasi autisme di Malaysia.

SAYS.com

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad

Image via NASOM

"Logo baharu ini merupakan medium pemerkasaan yang mencerminkan komitmen NASOM untuk terus responsif terhadap aspirasi komuniti autisme dan keluarga mereka," kata Presiden NASOM, Mohd Nazrul Mohd Amin.

Beliau menambah bahawa identiti baharu ini menzahirkan usaha berterusan untuk mengambil kira pandangan dan keperluan ahli, selaras dengan misi NASOM untuk meningkatkan kualiti hidup individu autisme dan memperkukuh penerimaan masyarakat terhadap golongan ini.

Penerangan mengenai elemen logo baharu NASOM

Logo baharu ini direka dengan teliti untuk membawa makna mendalam:

  • Simbol Infiniti: Mewakili neurodiversiti, iaitu idea bahawa perbezaan neurologi seperti autisme bukanlah sesuatu kekurangan, sebaliknya merupakan kepelbagaian semulajadi manusia.
  • Simbol Dua Titik Air: Melambangkan sifat fleksibiliti dan keupayaan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
  • Makna Warna:
    • Merah Jambu: Melambangkan kasih sayang, kelembutan, empati, dan belas kasihan.
    • Firus (Turquoise): Mewakili ketenangan dan kejelasan, membantu menstabilkan emosi.
    • Biru: Melambangkan kepercayaan, kesetiaan, serta memberikan kesan menenangkan dan damai.
SAYS.com
Image via NASOM

Pada masa yang sama, perasmian Pejabat Sekretariat baharu di Unit B-3-3, Pacific Place Commercial Centre di Petaling Jaya, menandakan komitmen NASOM untuk memperkukuh perkhidmatan dan mendekatkan sokongan kepada komuniti autisme.

Menurut Pengerusi NASOM, Julian Wong pejabat baharu ini akan menjadi pusat di mana usaha, kerjasama, dan inisiatif baharu akan digerakkan.

"Di sinilah usaha, kerjasama dan inisiatif baharu akan digerakkan untuk memastikan lebih ramai individu autisme dapat menyertai dan berkembang dalam masyarakat," kata beliau.

SAYS.com
Image via NASOM

Untuk rekod, sejak ditubuhkan pada 3 Mac 1987, NASOM telah menyediakan sokongan sepanjang hayat melalui 18 pusat di seluruh negara, berkhidmat kepada lebih 400 pelajar dengan sokongan 120 kakitangan terlatih. Selain itu, NASOM telah menjalin kerjasama dengan lebih 100 organisasi, termasuk agensi kerajaan, syarikat korporat, dan universiti, bagi memperkukuh kefahaman dan peluang inklusif.

Selain itu, NASOM juga sebagai pertubuhan bukan berasaskan keuntungan, terus bergantung kuat kepada sokongan masyarakat melalui pelbagai inisiatif pengumpulan dana bagi memastikan kelangsungan operasi dan akses perkhidmatan yang sewajarnya kepada individu autisme.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: