Nasib Dapat Housemate Pengotor, Tak Flush Tandas & Biar Sampah Dari Awal Ramadan Terbiar

Sakit kepala dapat housemate macam ni.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @nsa_scorpio (X)
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki berkongsi nasib malangnya mendapat housemate pengotor

Menerusi hantaran @nsa_scorpio di X, dia menunjukkan keadaan rumah sewanya yang kotor disebabkan seorang lelaki yang juga menyewa di rumah yang sama tidak menjaga kebersihan.

"Aku balik kerja penat kot nak mandi lepastu boleh kau kencing tak flush.

"Ni bukan kali pertama, cuma semalam aku terus sound tapi dia reply pastu delete," tulisnya.

Image via X

Meninggalkan sisa makanan dari awal Ramadan terbiar di bakul sampah di dalam rumah

Menurutnya, lelaki itu turut tidak membuang sampah yang dibiarkan dari awal Ramadan di bakul sampah.

Bukan itu sahaja, dia turut berkongsi bagaimana ruang tamu tempat dirinya berehat seketika selepas kerja kini tidak lagi digunakan disebabkan sisa makanan basi dibiarkan di situ.

"Ni sampah dia dari awal Ramadan sampai hari ni. Can u imagine the smell macam mana? Aku takkan buang, bukan kerja aku nak clean up after him.

"Ni dah tiga hari punya sisa bau basi kat tuang tamu tambah bau rokok dia. Dulu balik kerja aku akan duduk sini untuk wind down sekarang terus masuk bilik sebab busuk," tambahnya.

Image via X

Image via X

Gelas sendiri dijadikan tempat abu rokok

Menurutnya, apa yang lebih menyakitkan hati adalah apabila gelas miliknya dijadikan tempat letak abu rokok walaupun pada awalnya tuan rumah diberitahu bahawa lelaki terbabit hanya menghisap vape dan pod.

Tambahnya, dia sudah berkongsi semua maklumat terbabit dan menghantarkannya kepada tuan rumah sewanya itu.

Image via X

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: