“Nasib Baik Ada Tom” – 10 Lelaki Ini Tak Berjaya Tangkap Tikus, Mujur Ada Senjata Rahsia!
Lawak, memang lawak!
Cover image via Twitter @syfqtominay_Tular di laman sosial gelagat sekumpulan lelaki cuba menghalau seekor tikus yang tiba-tiba masuk ke dalam rumah sewa mereka
Dalam satu video berdurasi 47 saat yang dimuat naik pengguna Twitter @syfqtominay_ atau Syafiq, dapat dilihat sekumpulan lelaki itu masing-masing memegang 'senjata' tersendiri demi menghalau seekor tikus itu.
Yang kelakarnya ialah meskipun lelaki-lelaki itu ada yang memegang penyodok serta penyapu namun tidak seorang pun berjaya menangkap tikus berkenaan yang bersembunyi di sebalik almari yang terletak di kawasan dapur.
Image via Twitter @syfqtominay_
Walau bagaimanapun, mujur salah seorang daripada lelaki itu membawa bersama 'senjata rahsia' iaitu kucing peliharaan mereka yang diberi nama Tom
Tidak mengambil masa yang lama, Tom segera menangkap tikus tersebut menyebabkan sekumpulan lelaki itu menyorak kegembiraan. Lawak, memang lawak!
Meninjau di ruangan komen, ternyata rata-rata warganet turut terhibur melihat video rakaman tersebut. Masing-masing merasa geli hati melihat telatah sekumpulan lelaki itu malah ada juga yang beranggapan bahawa Tom sebenarnya satu-satunya 'jantan' dalam rumah tersebut.
Lihat video penuh di bawah:
Image via Twitter @syfqtominay_
Image via Twitter @syfqtominay_
Antara komen menarik dari warganet:
Image via Twitter @syfqtominay_
Image via Twitter @syfqtominay_
Image via Twitter @syfqtominay_
Image via Twitter @syfqtominay_
Jangan risau, Tom telah pun mendapat pengiktirafan selepas berjaya menangkap tikus.
Image via Twitter @syfqtominay_
Plot twist, Tom dengan tikus itu sebenarnya berkawan!
Image via Google

