Nasi Lemak Naik Harga 81.3 Peratus Sejak 13 Tahun Lalu, Sate Naik Lebih Dua Kali Ganda
Analisis Indeks Harga Pengguna Tahunan, Malaysia, 2024 ini memaparkan statistik meliputi 13 kumpulan utama barangan dan perkhidmatan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), harga nasi lemak telah melonjak naik dengan ketara sejak 13 tahun lepas
Menerusi laporan Analisis Indeks Harga Pengguna Tahunan (CPI) 2024, DOSM telah menunjukkan peningkatan kos barangan dan perkhidmatan, dengan tumpuan khusus pada Makanan & Minuman sebagai komponen terbesar perbelanjaan isi rumah di negara ini.
Antara kenaikan yang paling ketara ialah nasi lemak yang melonjak sebanyak 81.3%, daripada RM2.03 sepinggan pada 2011 kepada RM3.68 pada 2024.
Roti canai juga menyaksikan kenaikan ketara sebanyak 71.1%, daripada 90 sen kepada RM1.54 sekeping manakala harga sate ayam meningkat lebih dua kali ganda iaitu sebanyak 113.7%, daripada 51 sen kepada RM1.09 sebatang.
Peningkatan harga bahan mentah juga dilihat ketara berlaku
Bawang besar yang diimport dari India telah meningkat sebanyak 139.4%, daripada RM2.89 kepada RM6.92 sekilogram manakala daging lembu tempatan meningkat 98.6%, daripada RM19.05 kepada RM37.84 sekilogram.
Lonjakan harga paling ketara tercatat adalah kerang yang melonjak 400.3%, daripada RM3.04 sekilogram pada 2011 kepada RM15.21 pada 2024.
Bahan mentah lain seperti santan segar dan kelapa parut masing-masing meningkat sebanyak 56.2% dan 60.8%, kini berharga RM11.54/kg dan RM8.33/kg berbanding RM7.39/kg dan RM5.18/kg pada 2011.
Kadar inflasi di Malaysia dilihat masih menurun walaupun berlaku kenaikan harga barang
Walaupun pelbagai kenaikan barang dapat dilihat, kadar inflasi tetap menurun apabila ia dilihat turun dalam masa dua tahun berturut-turut dengan 2.5% pada 2023 kepada 1.8% pada 2024.
Laporan itu turut menunjukkan kadar inflasi Malaysia adalah sejajar dengan corak global, seperti yang boleh didapati daripada International Monetary Fund's World Economic Outlook Database pada April 2025, menganggarkan inflasi global berada pada kadar 5.7% pada 2024 manakala 6.6% pada 2023.
Lihat laporan penuh CPI 2024 di SINI.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 