“Berniaga Sambil Bersedekah” – Siapa Yang Bertuah Akan Dapat Nasi Lemak Berlaukkan Duit!
Semoga dimurahkan rezeki kakak yang menjual nasi lemak itu.
Cover image via Facebook Ameerul HayatStandard nasi lemak biasanya akan ada lauk sambal tumis, telur rebus, ikan bilis beserta kacang goreng, dan timun di dalamnya
Tapi bila ikut peredaran masa ini, nasi lemak boleh ditambah dengan lauk-lail lain seperti ayam, sotong, paru dan kerang serta aneka sayur pilihan.
Namun lain pula pengalaman seorang lelaki ini apabila bungkusan nasi lemaknya mengandungi 'lauk' istimewa. Siapa sangka, apabila membuka bungkusan nasi lemaknya, terselit sekali dengan nota RM5 yang disimpan kemas dalam plastik kecil.
Terkejut dan teruja dengan pengalaman itu, Ameerul Hayat telah berkongsikan pengalaman tersebut di laman Facebook.
Image via Facebook Ameerul Hayat
Image via Malay Oxford Living Dictionary
Menurut Ameerul, nasi lemak tersebut sebenarnya dibeli oleh rakan isterinya di sebuah gerai yang terletak di Taman Saujana Kota Tinggi, Johor
"Nasi lemak ini dibeli rakan isteri. Dia beli enam bungkus. Bila buka ada duit, saya terkejut. Terus WhatsApp hantar gambar dan tanya bini, apa maksudnya? Bini saya jawab mungkin peniaga tersebut nak bersedekah sebab duit itu terletak elok dalam plastik takut kotor kena sambal," katanya.
Tambahnya lagi, ini kali ketiga rakan isterinya membeli nasi lemak berharga RM1.50 sebungkus di gerai terbabit dan baru kali ini terdapat duit di dalamnya.
"Dalam enam bungkus itu saya yang bertuah kerana dapat RM5. Saya kira ini hari bertuah untuk saya. Peniaga itu pula, dalam berniaga pada masa sama dia nak buat sedikit amal. Saya mendoakan agar perniagaannya semakin maju," ujarnya.
Image via Twitter @ameerul.hayat
Image via Twitter @ameerul.hayat
Baru-baru ini seorang pengguna Twitter @hznietlib turut berkongsikan nasib yang sama apabila mendapati ada nota RM5 dalam nasi lemaknya
Image via Twitter @hznietlib
Alhamdulillah.
Semoga dimurahkan rezeki peniaga yang menjual nasi lemak itu.
Image via Giphy

