Nasi Kerabu Dari Malaysia Dinobat Sebagai No.1 Masakan Tradisi Negara Terbaik Di Dunia

Tahniah team Malaysia!

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasukan cef Malaysia mengharumkan nama negara selepas berjaya memenangi pingat emas dalam kejohanan 'Masakan Kebangsaan Terbaik Di Dunia'

Difahamkan, pertandingan itu diadakan di Dubai pada Sabtu, 24 Mei yang lalu.

Menerusi video di akaun Instagram @malaysianchefsdubai, salah seorang ahli pasukan kulinari negara yang menyertai pertandingan berkenaan memuat naik video dan gambar detik-detik meraikan kemenangan itu.

Juadah Nasi Kerabu menang sebagai hidangan antarabangsa terbaik di dunia

Syafiq Shahrom berkongsi momen beliau bersama rakan seperjuangan menerima pingat emas selepas mereka dinobatkan sebagai juara.

Difahamkan, seramai enam tukang masak bekerjasama demi menghasilkan menu tradisi Malaysia yang dipertaruhkan pada kejohanan itu. Antaranya adalah nasi kerabu, rendang ayam, cendol, kuih keria dan udang sambal.

"Pasukan Malaysia telah menang pingat emas dan meraih gelaran berprestij "Masakan Terbaik" di Cabaran Masakan Kebangsaan 2025, membawa pulang trofi, gelaran dan kebanggaan global!," tulis pada kapsyen.

Di tempat kedua jatuh kepada Syria dan tempat ketiga Perancis. Dalam pada itu, antara pesaing teratas pada kejohanan itu adalah Itali, China, India, Indonesia, Sri Lanka, Nepal, Thailand, Afrika Selatan yang mempamerkan hidangan luar biasa mereka kepada juri.

Lihat video di bawah:

Nasi Kerabu mendunia di bumi Dubai!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: