Gerai Nasi Ayam Goreng RM3 Di Bangsar Ini Pilihan Terbaik Untuk Makan Tengahari. Murah!
Memang berbaloi!
Cover image via Rizal Hakimm/FacebookSelalunya bila sebut saja Bangsar, pasti ramai yang berpendapat makanan di sana agak mahal kerana banyak dikelilingi restoran-restoran mewah
Mana tidaknya, boleh dikatakan Bangsar adalah petempatan golongan-golongan yang berduit. Betul ke?
Sebenarnya, kalau anda nak tahu, ada satu gerai di Bangsar yang sangat terkenal dengan makanannya yang enak dan murah iaitu Anuar Kari Kepala Ikan.
Gerai ini juga dikenali sebagai Bangsar Fish Head Corner yang terletak di Pusat Penjaja Taman Lucky.
Image via Rizal Hakimm/Facebook
Bayangkan dengan hanya RM3 saja anda boleh menikmati nasi ayam goreng yang enak dan pastinya mengenyangkan!
Harga ini juga termasuk kuah kari ikan, bendi dan seberapa banyak taugeh yang anda inginkan.
Bukan saja Nasi Ayam Goreng, malah makanan lain juga dijual dengan harga yang murah, contohnya:
Nasi + Ayam Goreng + Sayur = RM3
Nasi + Ikan Goreng + Sayur = RM3
Nasi + Ayam Goreng + Ikan Goreng + Sayur = RM6
Nasi + Sotong Goreng + Sayur + Ayam / Ikan Goreng = RM10
Image via Firdaus Zaini/Facebook
Image via VITDAILY
Buat peminat sotong, anda perlu cuba sotong goreng yang dihidangkan di sini
Sotong goreng yang dihidangkan bersama nasi putih hanyalah berharga RM7. Tengok pada saiz sotong, kami jamin anda pasti berpuas hati!
Image via Maziana Azizi/Facebook
Selain itu buat penggemar kari, hidangan Kari Kepala Ikan adalah hidangan wajib anda cuba! Yelah, dah nama gerai pun Anuar Kari Kepala Ikan, pastilah hidangan ini menjadi kegemaran orang ramai.
Image via Cari-Cari Makan/Facebook
Image via Zarul Nadzri/Facebook
Ikannya yang segar ditanmbah pula dengan kuah kari pekat, pastinya mampu membangkitkan selera sesiapa saja yang menjamahnya!
Jadi apa lagi, jom pekena sekali!
Alamat: Anuar Kari Ikan Kepala
Pusat Penjaja Taman Lucky, No 2, Lorong Ara Kiri 3, Bangsar
Waktu perniagaan: 9am – 5pm (Tutup Ahad)
Tel: 016-677 7703
Facebook: Bangsar Fish Head Corner


