Nas Daily Akan Pindah Ke Singapura, Bawa Sekali Syarikat Dan Teman Wanitanya
"I am jealous of this country." – Nas Daily
Cover image via Nas DailySetelah menjelajah ke serata dunia selama 3 tahun, Nas Daily membuat keputusan untuk menetap di Singapura dalam masa terdekat
Nas Daily tidak menafikan perasaan cintanya terhadap Singapura dalam videonya sebelum ini. Video berjudul 'Why I Hate Singapore' yang dimuat naiknya pada 23 Ogos 2018 jelas mempamerkan keterujaan beliau terhadap negara jiran kita itu.
Image via Nas Daily
Menurut Nas, dia sangat kagum dengan kemajuan dan kecanggihan Singapura yang dibina dalam masa 53 tahun sahaja
Lihat video di bawah:
Perpindahan ini disahkan oleh teman wanita Nas, Alyne Tamir menerusi Instagram @dearalyne
Image via Instagram @dearalyne
Singapura yang dikenali sebagai hab utama dunia akan menjadi rumah mereka buat sementara waktu. Alyne menyifatkan Singapura sebagai lokasi terbaik buat dirinya dan Nas Daily untuk menetap dan mengembangkan perniagaan mereka.
Namun, tempoh menetap masih belum diputuskan.
Baca tulisan penuh Alyne di bawah:
Sebelum ini, Nas Daily menerusi wawancara bersama Mothership.sg pernah memberi hint yang beliau mungkin akan pertimbangkan untuk menetap di Singapura
Image via mothership.sg
Tetapi, Nas akhirnya memilih San Francisco sebagai lokasi pilihannya.
Lihat video penuh di bawah:

