Namewee Kena Tahan Polis Di Sebuah Hotel, Didakwa Miliki & Ambil Dadah
Namewee atau nama sebenarnya, Wee Meng Chee, merupakan seorang penyanyi hip hop, komposer, pembikin filem dan pelakon.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Polis mengesahkan pengarah filem dan penyanyi, Namewee ditahan di sebuah hotel di Kuala Lumpur bersama pil ekstasi bulan lalu
Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata sepasukan Polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi (IPD) Dang Wangi menahan suspek di sebuah hotel di Kuala Lumpur, jam 4.30 petang 22 Oktober lalu.
Menurutnya, pemeriksaan di dalam bilik hotel menjumpai sembilan biji pil berwarna biru disyaki pil ekstasi, yang dianggarkan seberat 5.12 gram.
Katanya, selebriti berusia 42 tahun itu telah ditangkap dan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut.
"Semasa di IPD Dang Wangi, ujian saringan awal urin dibuat dan suspek didapati positif amphetamine, methamphetamine, ketamin dan THC.
"Suspek kemudian direman dua hari sebelum dituduh di mahkamah dengan dua pertuduhan pada 24 Oktober lalu," katanya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus.
Image via BernamaImage viaTidak mengaku bersalah dan diberi jamin sebanyak RM4,000 untuk dua pertuduhan
Fadil berkata, dalam pertuduhan pertama, suspek didakwa mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas kesalahan memiliki dadah.
"Orang kena tuduh (OKT) tidak mengaku salah dan diberikan jamin mahkamah sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin tempatan.
"Pertuduhan kedua pula, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas kesalahan menggunakan dadah.
"OKT tidak mengaku bersalah dan diberikan jamin mahkamah sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin tempatan," katanya.
Tambahnya, tarikh sebutan mahkamah akan datang adalah pada 18 Disember ini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 