Nak Sambut Tahun Baru Di Bukit Bintang? Ini Panduan Penutupan Jalan Yang Anda Perlu Tahu

Beberapa laluan ke Bukit Bintang mula ditutup bermula 29 Disember sempena ambang tahun baru Visit Malaysia 2026.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Beberapa laluan Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur akan ditutup sempena Festival Countdown Visit Malaysia 2026 (VM2026) di Pavilion Kuala Lumpur 31 Disember ini

Sebagai persediaan untuk sambutan Malam Tahun Baru, Tourism Malaysia memaklumkan lencongan lalu lintas akan dilaksanakan secara berperingkat di sepanjang Jalan Bukit Bintang bermula 29 Disember untuk memastikan acara berjalan dengan lancar dan selamat.

Dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, festival ini menandakan usaha awal ke arah sasaran negara untuk mengalu-alukan 47 juta ketibaan pelawat antarabangsa semasa kempen tersebut.

Orang ramai digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam jika mahu melakukan perjalanan ke pusat bandar.

Perkhidmatan MRT dan LRT akan beroperasi lebih awal sehingga awal pagi 1 Januari 2026 bagi memudahkan perjalanan pulang.

SAYS.com
Image via Tourism Malaysia (Facebook)

Berikut adalah jadual penutupan jalan yang terlibat:

– 12 tengah malam, 29 Disember hingga 5 petang, 31 Disember:
Laluan antara simpang Hotel JW Marriott dan simpang Sephora akan ditutup untuk persiapan acara.

– 5 petang, 31 Disember hingga 2 pagi, 1 Januari:
Jalan antara simpang Jalan Raja Chulan dan lintasan Bukit Bintang 'Shibuya' di Jalan Sultan Ismail akan ditutup sepenuhnya dan dikhaskan untuk sambutan countdown.

Semasa penutupan, kenderaan akan dilencongkan melalui jalan penghubung antara The Westin Kuala Lumpur dan Hotel JW Marriott, dengan akses ke Jalan Palmer, Jalan Imbi dan Jalan Walter Granier.

Akses ke tempat letak kereta Pavilion Kuala Lumpur akan kekal dibuka.

SAYS.com
Image via Tourism Malaysia
SAYS.com
Image via Tourism Malaysia

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: