Nak Jumpa TokTi Dan Khairul Aming Sambil ‘Shopping’? Ini Bazar Yang Patut Anda Sertai!
Bukan setakat dapat shopping puas-puas, siap dapat jumpa Khairul Aming dan TokTi lagi

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Artikel ini ditaja oleh TikTokShop
Debaran Raya kian terasa! Mesti ramai dah mula rasa pressure nak siapkan semua persiapan bermula dari baju Raya, kuih-muih sampailah ke barang dapur.
Kalau anda belum sempat selesaikan semuanya, kami ada cadangan terbaik buat anda yang boleh settle semuanya dalam satu tempat!
Ayuh sertai TikTok Shop Bazar Raya secara percuma!

Berita baik untuk warga Lembah Klang dan sekitarnya! TikTok Shop Raya Bazaar bakal berlangsung dari 5 hingga 8 Mac di IOI City Mall Putrajaya Convention Center.
Event selama empat hari ini dibawakan khas dan dikuasakan oleh Time Internet dan yang paling best masuk adalah percuma!
Kalau FYP anda asyik keluar content Raya, kali ini memang boleh rasai sendiri vibe Raya secara live.
1. 80 booth daripada fesyen sampai ke barang rumah, semuanya di bawah satu bumbung!

Bayangkan dalam sebuah dewan yang besar, anda berpeluang shopping di 80 booth jenama popular terdiri daripada jenama fesyen, kecantikan, makanan hingga ke barangan rumah.
Antara jenama yang boleh korang jumpa termasuklah:
- Bulan Bintang
- Siti Khadijah
- Milo
- Nongshim
Konsepnya yang ditawarkan juga unik. Anda boleh browse di booth, tambah ke dalam cart TikTok Shop, redeem voucher dan terus bawa balik barang on the spot. Senang cerita, tak perlu tunggu delivery berhari-hari. Menarik bukan?
Buat anda yang datang pada waktu petang pun tak perlu risau sebabnya terdapat ruang iftar dan solat disediakan. Memang mesra pengunjung Muslim yang datang lepas waktu kerja.
2. FYP jadi realiti, peluang untuk jumpa selebriti depan mata
Kalau selalu anda tengok mereka di TikTok sahaja, inilah masanya untuk jumpa secara depan-depan. Antara selebriti yang bakal hadir terdiri daripada:
- Dato Sri Siti Nurhaliza – 5 Mac (12pm – 2pm)
- Khai Bahar – 6 Mac (3pm – 5.30pm)
- Khairul Aming – 6 Mac (5pm – 7pm)
- Erra Fazira – 6 Mac (8pm – 10pm)
- Mierul Aiman – 7 Mac (3.30pm – 4.30pm)
- Almiyaz – 7 Mac (3pm – 4pm)
- Eira Syazira – 8 Mac (4pm – 6pm)
Confirm ramai nak rebut peluang bergambar dan jumpa mereka secara live!
Jadi kalau nak elak crowd, plan masa betul-betul ya!
3. Lebih 500 produk popular sempena new arrival week

Buat anda yang tengah buat persiapan balik kampung atau nak tambah koleksi Raya, TikTok Shop turut tampil dengan New Arrival Week yang menampilkan lebih 500 produk.
Antara 10 produk paling laris sepanjang Ramadan termasuklah:
- Bulan Bintang Baju Melayu Teluk Belanga
- HOMEWORTH Royal Series Casserole 4PCS Set
- ZUCCA Saloma Kurung Cahaya Embun Raya Edition
- Maxtag Smart Tag Toll Readers – Champagne Gold
- ELFORMULA Nia-Ceramide Bright Moisture Gel
- HYGR Roll-On Deodorant
- PERFUME PARADISE Clean & Linen Parfum
- TIME PHORIA Spectra Ultra Stay-shine Transfer Proof Lip Vinyl
- Oriental Kopi Hainanese Chicken Rice Paste
- YAN@YAN Ariana Kurung
Bermula dari outfit pagi Raya sampailah ke barang dapur untuk open house, semuanya ditawarkan di TikTokShop!
Kalau tak sempat datang, ada deal online sampai 50% off

Tak sempat turun bazaar? Jangan risau.
Bermula 1 hingga 3 Mac, ada 72 Hour Fashion Never Sleep Live Blitz dengan extra voucher sehingga 50% off daripada jenama seperti Zoe Arissa, Habib dan Dr Cardin.
Selain tu, setiap hari jam 8 malam ada Tawaran Jimat Gila dengan diskaun sehingga 50%, deal RM10, serta Instant Delivery untuk pelanggan di Klang Valley, Johor dan Penang.
Checkout sebelum 3 petang dan barang boleh sampai pada hari yang sama.
Pendek kata, sama ada anda jenis plan awal atau last minute, TikTok Shop Raya Bazaar ni memang boleh jadi one-stop centre untuk semua persiapan Raya!
Jadi… tunggu apa lagi? Ayuh shopping puas-puas dengan tawaran berganda serta diskaun luar biasa di TikTok Shop Raya Bazar!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

