Nak Buat Baik Tapi Dapat Bala, Lelaki Dedah Pengalaman Ngeri Tumpangkan Minah Saleh Ke KL
Wanita asing itu dikatakan miliki bau badan tidak menyenangkan di samping sikap yang berlagak terhadap mereka.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Niat baik seorang lelaki menumpangkan seorang wanita asing hitchhike yang mahu ke Kuala Lumpur, membawa penyesalan selepas dirinya ditimpa pengalaman buruk
Itu yang dikongsi oleh Afifi menerusi sebuah hantarannya di Facebook menceritakan pengalaman dia bersama seorang rakannya menumpangkan seorang minah saleh ke Kuala Lumpur beberapa tahun lepas.
"Kami berhenti di Penang, aku isi minyak dan Safuan masuk dalam beli makanan. Dah settle semua tu aku pun startlah kereta dan nak teruskan perjalanan.
"Tiba-tiba kami didatangi seorang minah saleh ni pegang board tulis To Kuala Lumpur, buat muka sedih kat tepi tingkap kereta nak menumpang.
"Kami discuss kejap, Wan kata takpelah tumpangkan jelah. Nanti nama Malaysia jugak bagus kita layan pelancong baik-baik. so dia pun masuklah duduk belakang. Tapi sebenarnya di sinilah bermulanya perjalanan yang disaster!" tulisnya.
Bau badan jadi titik mula sebuah penyesalan
Sebaik sahaja wanita asing itu masuk ke dalam keretanya, impresi pertama yang muncul adalah sesuatu yang tidak positif apabila dia mendedahkan bau badan wanita terbabit begitu tidak menyenangkan.
"First impression dah teruk, bau badan dia macam orang tak mandi seminggu. Oh damn! okaylah aku decide buka tingkap jelah.
"Perjalanan bermula, macam biasalah kita tanya nama dari mana, nak ke mana and so on. Tapi gaya dia menjawab berlagak gila! Dia bagitau dia dari negara sekian-sekian, lepastu tanya kami tahu ke negara dia? Kami pernah ke luar negara ke? Eh, ingat orang kau je travel, kami tak reti travel? Aku dah pergi dekat 30 negara kot.
"Tapi malaslah nak balas sebab gaya dia memperkecilkan kami. Kami travel road trip sewa kereta berminggu-minggu takda nak travel cheapskates menumpang macam kau ni ye. Aku dah start geram masa ni, lepastu aku malas nak sembang, dia diam jela. Aku buka lagu kat spotify aku yang connect dengan player kereta.
"Tak habis kat situ eh, dia complain panas pulak suruh buka AC. Kau tau tak kau busuk ? okaylah kami pun panas juga so tutuplah tingkap buka AC," kongsinya.
Tidak ucap sebarang penghargaan kepada mereka
Sudah pasti, sebagai manusia normal yang telah menerima pertolongan daripada seseorang kita mestilah mengucapkan atau memberikan penghargaan kepada orang yang menolong namun perkara yang sebaliknya berlaku dalam perkongsian ini.
"Aku dah plan nak turunkan dia kat tol je nanti lantak kaulah nak kemana lepastu. Tapi dia terjaga awal pulak tanya jauh lagi tak KL? aku senyap je, dia request turunkan dia kat train station. Eh demand lebih-lebih kau eh.
"Safuan kata takpelah turunkan jela kat KL sentral. so aku okaylah turunkan dia kat KL sentral. Sampai-sampai tu terus turun sepatah Thank You pun takda. Betul punya musibat orang Melaka kata hahaha. Sorry orang Melaka.
"Kesimpulanya, aku rasa janganlah dilayan budaya hitchhike ni kat Malaysia, nanti kita akan menjemput lebih ramai lagi pelancong cheapskate macam ni," tulisnya.
Tambahnya, dia menyarankan agar orang ramai untuk elakkan daripada cuba untuk membantu orang asing seperti itu kerana keselamatan diri adalah lebih penting.
Lihat perkongsian penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via