“Najib Tak Saman WSJ Kerana Takut Kebenaran Terbongkar,” Kata Tun M
Saman atau tidak, kita tunggu keputusannya.
Cover image via SAYSTun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan Datuk Seri Najib Razak yang enggan menyaman The Wall Street Journal (WSJ) adalah kerana beliau mengetahui dirinya bersalah dan takut kebenaran akan terbongkar
Tun Dr Mahathir berkata, tindakan saman harus dibuat oleh Najib dan beliau tidak perlu memberikan sebarang alasan jika tuduhan yang dilemparkan itu tidak benar.
Image via www.worldbulletin.net
Tambah Tun Dr Mahathir lagi, beliau sudah tidak mampu lagi untuk menasihati Najib kerana tidak ada satu pun langkah yang diambil untuk menanganinya
Beliau memberitahu bahawa beliau sudah menasihati dan menghantar surat 'kata tidak sokong' kepada Najib, tetapi Perdana Menteri tersebut tidak mengambil peduli akan nasihatnya itu.
Berhubung dengan kenyataan yang beliau menjadi punca kepada kejatuhan ekonomi negara, Tun Dr Mahathir menafikannya tetapi menyalahkan cara pentadbiran Najib sendiri.
Image via www.ndtv.com
Image via www.ismaweb.net
Pada sidang media tersebut juga beliau sekali lagi menggesa Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali supaya bersumpah dengan Al-Quran bagi menegakkan kebenaran
Tun Dr Mahathir berkata Apandi perlu angkat sumpah dengan Al-Quran dan tidak boleh berbohong kepada Tuhan, jika tidak beliau akan memasuki neraka.
Image via www.themalaysianinsider.com
Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mempersoalkan mengapa Tun Dr Mahathir Mohamad juga tidak menyaman seorang bekas editor Wall Street Journal (WSJ) suatu ketika dulu
Beliau mempersoalkan mengapa Tun Dr Mahathir tidak menyaman bekas editor Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa bekas Perdana Menteri itu membazirkan sejumlah besar wang semasa pemerintahannya.
Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Barry Wain melalui penulisannya di dalam buku **"Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times"**.
Wain menulis, semasa Tun Dr Mahathir mula menyandang jawatan perdana menteri pada 1981, pentadbirannya terlibat dengan skandal kewangan biarpun slogan pentadbiran di zaman pentadbiran beliau ialah **"bersih, cekap, amanah."**
Wain menandatangani salinan bukunya di satu majlis pelancaran buku tersebut di Kuala Lumpur, 20 Mei 2010
Image via www.themalaysianinsider.com
Image via www.therakyatpost.com


