Najib Razak Diperintah Mahkamah Bayar Ganti Rugi USD1.3 Bilion Kepada SRC International

Najib menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Akses Malaysia & Bernama
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Datuk Seri Najib Razak membayar ganti rugi AS$1.3 bilion kepada SRC International Sdn Bhd

Perkara ini dimaklumkan selepas mahkamah memutuskan berlakunya pecah amanah dan salah guna kuasa oleh bekas perdana menteri itu.

Menerusi laporan Berita Harian, Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin memutuskan perkara demikian selepas membenarkan saman sivil yang difailkan syarikat terbabit.

Mahkamah turut memerintahkan Najib membayar ganti rugi konspirasi, faedah sebanyak lima peratus setahun, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

SAYS.com
Image via KL Bar

Najib dilihat memegang kuasa mutlak membabitkan keputusan SRC

Melalui penghakiman yang dibacakan, Ahmad Fairuz berkata mahkamah mendapati defendan sebagai penasihat emeritus syarikat memegang kuasa mutlak dalam setiap keputusan penting membabitkan SRC, bermula daripada penubuhan sehingga usaha menutup penyelewengan.

"Defendan memainkan peranan penting dalam penubuhan SRC sebagai anak syarikat 1MDB pada Januari 2011. Beliau mengarahkan pemindahan pemilikan SRC daripada 1MDB kepada Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) pada 2012, sekali gus mengeluarkannya daripada pengawasan lembaga 1MDB dan meletakkan SRC secara langsung di bawah kawalannya sebagai Perdana Menteri serta Menteri Kewangan.

"Beliau juga secara peribadi berhubung dengan Pengerusi Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) pada 2011 sebelum sebarang resolusi rasmi lembaga dibuat dan perbincangan bagi mendapatkan pinjaman pertama, membuktikan bahawa pinjaman itu adalah inisiatif beliau.

"Beliau menyebabkan pindaan perlembagaan syarikat diperkenalkan yang memerlukan kelulusan beliau sendiri sebagai pemegang saham.

"Beliau turut mengarahkan penyaluran dana kepada SRC BVI serta anak syarikat BVI, iaitu struktur yang tidak mempunyai tujuan pelaburan yang sah, sebaliknya direka untuk memudahkan penyelewengan, sekali gus menerima AS$120 juta daripada dana yang diselewengkan ke dalam akaun peribadinya," katanya.

SAYS.com
Image via Reuters

Tindakan Najib dianggap disengajakan bukannya kecuaian

Ahmad Fairuz berkata, tindakan Najib bukanlah satu kecuaian atau kesilapan pertimbangan, sebaliknya perbuatan penipuan yang disengajakan dan dirancang demi kepentingan diri.

Katanya, Najib bertanggungjawab sebagai pemegang amanah konstruktif ke atas aset SRC yang diselewengkan melalui penipuannya dan dikehendaki mengembalikan akaun dana terbabit dan keuntungan yang diperoleh.

Mahkamah mendapati defendan bertanggungjawab untuk membayar semula dana syarikat dan pampasan masing-masing AS$1.18 bilion serta AS$120 juta.

Prosiding berkenaan dihadiri peguam yang mewakili SRC selaku plaintif iaitu Datuk Lim Chee Wee, manakala defendan diwakili Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik