Naik Harga RM20 Sekilo, Ramai Peniaga Berhenti Jual Makanan Berasaskan Santan Segar

Rata-rata peniaga terpaksa menghentikan pembuatan bahan makanan berasaskan santan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sinar Harian & Facebook
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Peniaga resah apabila ada yang terpaksa menghentikan jualan susulan kenaikan harga santan segar mencecah RM20 sekilo

Menerusi laporan Berita Harian, pembuat laksam dan laksa lemak, Miswati Yah, 40, berkata dia terpaksa menghentikan jualan hampir sebulan lalu kerana ketiadaan santan dan harga bahan tersebut yang telah naik.

"Harga kelapa parut pun sudah mencecah hingga RM18 sekilogram namun oleh kerana tiada pilihan untuk menyiapkan tempahan pelanggan saya terpaksa membelinya.

"Saya menjual laksam dan laksa lemak dengan harga RM 3.30 sebungkus ketika harga santan antara RM17 hingga RM18 sekilogram. Sekarang sudah mencecah RM20 sekilogram, kalau ingin teruskan perlu naikkan harga," katanya.

Menurutnya, santan semakin sukar untuk didapatkan sejak awal bulan Syawal di samping terpaksa membeli kelapa dan memprosesnya sendiri untuk santan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Utusan

Beri kesan kepada kualiti makanan yang dijual

Bagi Zalina Abdul Rahman, 43, pula, kenaikan harga terhadap bahan masakan berkenaan turut memberi kesan kepada kuantiti penghasilan hidangan.

Dia yang juga seorang peniaga gerai makanan berkata ia turut menjejaskan jenis hidangan yang dijual disebabkan ada hidangan berasaskan santan tidak lagi dijual di gerainya.

Tambahnya, kesan kenaikan santan ini memberi masalah kepada peniaga kuih yang terpaksa menghentikan pembuatan bahan makanan berasaskan santan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: