Nahas UPSI: Salah Seorang Mangsa Pilu Dengar Orang Meronta Minta Tolong

Salah seorang mangsa nahas UPSI sempat menceritakan situasi selepas kemalangan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @sinar_my (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Salah seorang pelajar UPSI yang terlibat dalam nahas di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli di Gerik pada Isnin sempat menceritakan keadaan ketika kejadian

Menerusi video @sinar_my, Aleeya Maisarah Azizzani, 21, berkata dia tidak mampu menolong mangsa kerana bahagian belakang badannya juga sakit akibat kemalangan terbabit.

"Ada orang awam keluar tolong keluarkan mangsa. Saya nampak ada mangsa yang tersepit kaki meronta-ronta. Ada yang dah senyap. Saya nampak orang dalam longkang, kepalanya dah terburai" katanya.

Perasan cara pemanduan driver bas agak merisaukan

Menurutnya lagi, dia sudah lama perasan pemandu bas tersebut bawa secara laju berkali-kali dan hampir terbabas sebelum melangga Perodua Alza.

"Saya perasan bau tayar hangit masa dekat Tanah Merah. Ada orang kata bas tu dah berhenti dekat stesen minyak kejap tapi sambung balik kot.

"Lepas tu mungkin dekat Jeli dia bawa laju sampai bas nak jatuh ke kanan lepas terlanggar lopak. Lepas tu dia bawa slow. Tapi tiba-tiba dia bawa laju balik," katanya lagi.

Lihat video penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: