Nahas Air India: Penumpang Warga UK Ini Hanya Satu-Satunya Yang Terselamat

Difahamkan, hampir 50 orang cedera di kawasan berhampiran lokasi nahas.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian & Harian Metro
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebuah pesawat Air India yang dalam penerbangan ke London dan membawa 242 orang terhempas di barat India pada Khamis

Namun, dilaporkan sekurang-kurangnya seorang penumpang berjaya terselamat, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik sumber dari India Today.

Difahamkan, pesawat penerbangan AI171 itu dilaporkan merempuh sebuah asrama kolej perubatan sejurus berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel di Ahmedabad, Gujarat.

Pesawat tersebut sepatutnya tiba di Gatwick, London sebelum nahas berlaku.

Image via null

Hanya seorang mangsa yang terselamat dalam nahas tersebut

Menurut laporan polis tempatan, mangsa terselamat yang dikenal pasti sebagai Ramesh Viswashkumar, telah ditemukan duduk di kerusi 11A.

Viswashkumar, yang kini menerima rawatan di hospital, memberitahu media India bahawa beliau warga Britain dan sedang dalam perjalanan pulang ke United Kingdom bersama abangnya selepas melawat keluarga di India.

"Sebaik sedar, mayat bergelimpangan di sekeliling saya. Saya ketakutan. Saya terus bangun dan melarikan diri. Serpihan pesawat ada di mana-mana. Seseorang menarik saya masuk ke ambulans dan membawa saya ke hospital," katanya kepada Hindustan Times.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Polis Ahmedabad, GS Malik dipetik oleh beberapa media sebagai mengesahkan bahawa 204 mayat telah ditemukan di lokasi nahas.

Antara yang terkorban ialah bekas Ketua Menteri Gujarat, Vijay Rupani.

Pihak berkuasa juga turut mengesahkan sekurang-kurangnya lima orang pelajar maut dan beberapa orang lagi cedera apabila pesawat itu merempuh bangunan asrama berkenaan.

Hampir 50 orang cedera di kawasan berhampiran lokasi nahas.

Vishwash Kumar Ramesh, warga Britain, berada di India selama beberapa hari untuk melawat keluarganya yang akan pulang ke UK bersama abangnya, Ajay Kumar Ramesh.

Image via Hindustan Times

Sebelum ini, saksi memaklumkan bahawa beberapa individu berada di dalam asrama ketika kejadian, namun kebanyakan petugas tiada di tempat kejadian kerana keluar makan tengah hari.

Wanita dan kanak-kanak yang cedera di kawasan darat telah dihantar ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan.

Kumpulan Tata, syarikat induk Air India, mengumumkan akan menyalurkan bantuan kewangan sebanyak satu crore rupee India (sekitar RM493,300) kepada keluarga setiap mangsa yang terkorban.

Mereka juga akan menanggung kos rawatan mangsa yang cedera serta membantu kerja-kerja pemulihan bangunan asrama yang rosak.

Menurut Air India, mereka yang berada dalam pesawat termasuk 169 warganegara India, 53 warga Britain, tujuh warganegara Portugal, seorang warga Kanada, serta dua juruterbang dan 10 kru kabin.

Image via Hindustan Times

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: