Nabil Kongsi Momen Ketika Diberitahu Akan Direhatkan – “Saya Menangis Bila Baca Surat Tu”

Keputusan direhatkan itu juga membuatkan dirinya mula memikirkan masa depan dirinya dan keluarga.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @aididitmyway (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pengacara Nabil Ahmad berkongsi momen ketika dia menerima surat direhatkan daripada tugas sebagai penyampai radio Era

Nabil mengakui dia menangis ketika menerima surat direhatkan daripada tugas selepas dia terpalit isu kontroversi yang didakwa menyentuh sensitiviti perkauman sebelum ini.

Kontroversi itu turut membuatkan dia mempersoalkan sama ada kerjaya yang dibina bertahun-tahun adakah akan berakhir begitu sahaja.

Terus ke masjid menangis selepas membaca surat

Menerusi video di akaun TikTok @aididitmyway, Nabil dilihat berkongsi pengalamannya itu ketika ditemu bual dalam sebuah podcast.

Menurut Nabil, dia dan dua lagi rakan penyampai radio iaitu Azad Jasmin dan Radin mendapat surat tersebut sebaik sahaja mereka memberi keterangan di Balai Polis Bukit Aman.

Sebaik sahaja membaca surat tersebut dia terus ke masjid dan mula menangis. Malah, dia mula memikirkan tentang kerjaya yang dibina.

"Selepas saya baca surat itu, saya terus ke Masjid Bandar Utama dan menangis.

"Ketika ini saya terfikir, sudah habiskah? Adakah ini penghujung (kerjaya), apa yang harus saya jual ketika ini?" katanya.

Situasi tersebut telah memberi impak kepada emosinya ditambah pula perlu mencari nafkah untuk keluarga.

"Saya tidak pernah tak kerja, selalunya akan dapat cuti atau mohon cuti sendiri.

"Namun, kali ini berbeza kerana saya direhatkan dalam keadaan sedang bekerja dan memerlukan pekerjaan itu.

"Anak-anak juga sedang membesar, dapat surat macam itu memang mental. Macam tak percaya sebab saya dah bina kerjaya itu sehingga hari ini," tambahnya.

Keputusan tersebut sekali gus telah membuka mata buat dirinya mula memikirkan masa depan diri dan perancangan jangka masa panjang.

Sebelum ini tular apabila Nabil, Azad dan Radin dikecam kerana video memperlihatkan mereka bergurau dengan menyebut 'Vel Vel', dipercayai mempersendakan ritual masyarakat Hindu.

Insiden itu mengundang kritikan meluas sehingga syarikat penyiaran, Maestra Broadcast Sdn. Bhd. dikenakan kompaun RM250,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atas kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Bagaimanapun, SKMM memutuskan untuk tidak menggantung lesen stesen radio terbabit selepas mempertimbangkan beberapa faktor.

Nabil, Azad dan Radin juga tampil memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat Hindu atas tindakan mereka. 

Nabil, Azad dan Radin mohon maaf atas video kontroversi.

Image via Berita Harian

Lihat video di bawah:

@aididitmyway Bayangkan besarnya ujian bila dapat tahu direhatkan dari kerja. Air mata berjurai di masjid sambil fikir masa depan anak-anak dan impian pendidikan mereka Sebuah kisah perjuangan dan pengorbanan yang penuh inspirasi Tonton episod penuh di AididItMyWay. #aididitmyway #AIMW #podcast #aididmarcello #nabilahmad #nasihat #kerja @Aidid.Marcello @Nabilahmad original sound – AididitMyWay

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: