Muzik Video Serumpun Sudah Tiada Di YouTube, Mimi Fly Mohon Maaf Lepas Ditegur Berkemban

Ramai berpendapat lagu Aidilfitri sepatutnya mempamerkan penampilan sopan dan tidak seksi.

Cover ImageCover image via Mimifly (YouTube)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selepas menerima respon kurang senang, penyanyi sensasi, Mimi Fly memohon maaf atas penampilannya yang kurang sopan di dalam muzik video (MV) lagu raya terbaharunya, Serumpun

Difahamkan, muzik video tersebut kini sudah diturunkan dari YouTube Mimi ekoran ia sudah ditegur oleh beberapa orang ahli agama.

Menurut laporan Sinar Harian, Mimi atau nama sebenarnya, Shamimi Amalina Norhisham, 39, menerima dengan hati terbuka segala komen diberikan terhadap MV tersebut termasuk kritikan mengenai penampilannya yang berkemban.

"Saya terima segala pandangan, baik mahupun buruk. Jika ada yang tersinggung, saya mohon maaf kerana itu bukan niat asal.

"Ketika ini, tumpuan lebih diberikan kepada karya sendiri dan mungkin sebab itu saya terlepas pandang pada aspek lain," katanya.

Netizen memberikan pandangan bahawa lagu bertemakan sambutan Aidilfitri sepatutnya melambangkan pakaian yang sopan dan tidak terdedah

"Saya kembali mengkaji darah dan keturunan asal. Saya ada campuran serumpun iaitu Melayu, Siam, Vietnam, jadi bila mahu mengangkat Mimi Fly, saya lebih fokus kepada karya.

"Kali ini, kita bekerjasama dengan pereka fesyen hebat dan kami sama-sama mengkaji busana orang lama. Saya seronok dan mahu meraikan pakaian tradisional kita, bukan niat untuk mencetuskan sensasi," katanya lagi.

Walau bagaimanapun, Mimi tidak menolak untuk melakukan penambahbaikan dalam karya akan datang.

"Ini lagu raya, jadi saya mohon maaf kalau ada yang tersinggung. Insya-ALLAH, saya akan cuba perbaiki jika ada kesempatan untuk lagu Raya akan datang.

"Apabila ada yang mengambil kisah dan melihat hasil kerja, itu satu perkara yang saya syukuri. Justeru, saya terima semua komen dan akan terus belajar serta berkembang dalam industri ini," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: