Musuh Lama, Permainan Baru – Saksikan Treler Rasmi Pertama Ejen Ali The Movie 2: Sekarang!
Nantikan di pawagam berdekatan anda bulan Mei ini.
Cover image via Primeworks StudiosFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setelah sekian lama, Ejen Ali The Movie 2 kini kembali dengan aksi lebih mendebarkan!
Treler rasmi pertama filem ini telah dilancarkan dan menyajikan momen-momen epik penuh drama dan pergelutan yang bakal dihadapi Ali dalam misinya untuk menguasai Satria.
Dalam filem kali ini, Ali diberi tanggungjawab besar untuk mengendalikan Projek SATRIA, dengan objektif untuk melahirkan generasi baru ejen MATA yang mampu menggabungkan skil kesemua empat Teras MATA; Tekno, Neuro, Inviso dan Kombat.
Satria merupakan sut berperisai dinamik yang dilengkapi data corak pertempuran ejen-ejen terhebat MATA serta boleh berubah suai menggunakan teknologi ferrofluid untuk membentuk senjata khas mengikut keperluan misi.
Sut teknologi canggih berasaskan AI ini dicipta khusus untuk mengoptimumkan keupayaan fizikal dan mental ejen-ejen MATA dalam operasi sulit.
Image via Primeworks Studios
Filem ini juga bakal mengupas detik penting dalam karier Alicia sebagai seorang ejen MATA, yang dibesarkan dan dilatih sebagai ejen perisik sejak usia muda oleh General Rama
Lanjutan menjuarai MATA Arena dalam Musim 3 siri Ejen Ali, Alicia diberi peranan baru sebagai pemakai IRIS selepas Ali.
Melihat kepada sejarah Ali dan Alicia sebagai ahli sepasukan yang kerap bersaing semasa melaksanakan misi, adakah pertukaran tangan IRIS ini mungkin akan menguji dinamik persahabatan antara mereka berdua?
Image via Primeworks Studios
Konflik memuncak dalam Ejen Ali The Movie 2 apabila Neonimus, seorang penggodam misteri, muncul semula untuk menggugat kestabilan bandar Cyberaya.
Agenda Neonimus kelihatan seperti serangan peribadi terhadap Ali, namun identiti dan motif sebenar Neonimus masih samar. Siapa sebenar dalang di sebalik ancaman baru kali ini?
Image via Primeworks Studios
Rizwan muncul berganding bersama Dos dan Trez, watak-watak antagonis yang dahulunya pengikut setia Uno
Adakah Rizwan yang selama ini menyokong Ali dari jauh kini pula berpaling tadah untuk menjatuhkan MATA demi dendam lama?
Plot penuh teka-teki ini pasti bakal memberikan kejutan kepada peminat setia siri Ejen Ali dan menjanjikan pelbagai persoalan tentang siapa sebenarnya yang boleh Ali dipercayai.
Image via Primeworks Studios
Selain itu, MATA juga berada di bawah pimpinan Ketua Teras baru setelah pengganti Ejen Djin dan Ejen Zain dilantik. Ejen Elle (Inviso) dan Ejen Amir (Neuro) kini memimpin organisasi rahsia MATA bersama Ejen Dayang (Tekno) dan Ejen Ganz (Kombat), membawa pendekatan dan strategi baru untuk mempertahankan Cyberaya.
Adakah barisan pemimpin MATA baru ini bakal sehaluan untuk menangani permainan Neonimus?
Image via Primeworks Studios
Treler Rasmi Ejen Ali The Movie 2 telah mencapai 300,000 tontonan di YouTube & 1.3 juta tontonan di TikTok dalam masa kurang 24 jam!
Peminat Ejen Ali kini boleh mula merasai kehangatan ancaman baharu Neonimus dengan pelancaran treler rasmi pertama Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) di saluran YouTube dan platform media sosial Ejen Ali pada 25 Mac, jam 3.00 petang!
Sejurus selepas dilancarkan, treler berdurasi 1 minit 23 saat ini mencetuskan fenomena di platform digital dengan mencatatkan 300,000 tontonan di YouTube dan 1.3 juta tontonan di TikTok dalam tempoh kurang daripada 24 jam.
Usamah Zaid Yasin, pengarah filem ini, berkongsi keterujaan beliau melalui komen, "Sejak kami mula berkongsi tentang perkembangan EATM2 tahun lepas, kami menerima banyak teori dan spekulasi dari peminat tentang identiti sebenar Neonimus. Diharapkan naskah ini mampu memberi kepuasan tinggi buat peminat tegar Ejen Ali dan kami pastinya akan membawa lebih banyak kejutan, humor, dan momen menyentuh hati dalam evolusi Ali kepada versi terbaik dirinya dalam EATM2."
Usamah Zaid, Pengarah Ejen Ali the Movie 2 & Ketua Pegawai Eksekutif, WAU Animation
Image via Primeworks Studios
Untuk merasai sendiri debaran dan aksi yang bakal ditampilkan, jangan lepaskan peluang menyaksikan treler rasmi pertama Ejen Ali The Movie 2 di saluran YouTube Ejen Ali dan semua platform digital!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik

