Murid Perempuan Trauma Mahu Ke Sekolah Selepas Ditengking Guru Di Khalayak Ramai
Kejadian tersebut dikongsikan sendiri oleh ibu kepada kanak-kanak berkenaan.
Cover image via InstagramFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Gara-gara ditengking guru di hadapan ramai, seorang murid perempuan kini trauma untuk hadir ke sekolah
Menerusi video tular di Instagram, kejadian tersebut dikongsikan sendiri oleh ibu kepada kanak-kanak berusia sembilan tahun itu. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku pada 14 April yang lalu.
Malah, si ibu juga meluahkan rasa kesalnya terhadap tindakan guru berkenaan yang menyebabkan sehingga anaknya trauma mahu ke sekolah.
Image via Instagram
Sudah minta penjelasan daripada guru terbabit, tetapi tiada jawapan
Di dalam hantaran yang sama, ibu kepada kanak-kanak tersebut turut berkongsi perbualan mesej di antara dia dan guru terbabit.
Wanita berkenaan menyatakan hasrat untuk bertemu dengan guru tersebut bagi menyelesaikan isu itu secara baik.
Namun, guru berkenaan dipercayai tidak mempedulikan permintaannya, sebaliknya menghantar video dirinya bersama beberapa guru lain yang mengherdik serta memaksa kanak-kanak itu supaya bercakap jujur.
"Selepas ini, jangan buat lagi serta tuduh cikgu macam-macam tau, cikgu tak nak dengar dah. Awak tak nak sekolah, awak cakap dengan mak awak tapi jangan tuduh cikgu buat itu buat ini pada awak," kata guru itu dalam video terbabit.
Difahamkan, video itu dihantar kepada ibu murid berkenaan adalah bertujuan sebagai bukti bahawa dakwaan yang dibuat oleh anaknya adalah tidak benar.
Bagaimanapun, wanita itu turut kesal dengan tindakan guru terbabit yang didakwa mengabaikan mesej yang dihantar, meskipun beliau cuba berbincang dengan baik.
Lihat hantaran di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


