Murid Darjah 4 Dikhuatiri Lemas, Jatuh Dalam Longkang Semasa Hujan Lebat

Difahamkan, pencarian awal dilakukan pada longkang-longkang berhampiran dalam keadaan hujan sehingga lewat malam tadi.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas dilaporkan terjatuh longkang ketika hujan lebat

Menerusi laporan Bernama insiden terbabit telah berlaku di Lorong Cakera Purnama, Bandar Puncak Alam pada petang semalam, 28 April.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya telah menerima panggilan berkaitan kejadian terbabit pada jam 7.47 malam.

Sepasukan enam anggota bersama jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya tiba di lokasi kejadian pada 8.13 malam.

"Laporan daripada orang awam mengatakan mangsa jatuh ke dalam longkang pada 3.30 petang dan hanyut dibawa arus deras ketika hujan lebat.

"Ketika ini, kerja-kerja mencari dan menyelamat oleh pihak bomba sedang dilakukan," katanya.

SAYS.com

Khairil Izani, 10, dikhuatiri lemas selepas jatuh longkang semasa hujan lebat.

Image via Threads

Dipercayai telah terjatuh pada jam 3.30 petang

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Pasukan Bomba Sukarela Saujana Utama di Facebook, anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian dimaklumkan perkara itu oleh penduduk sekitar.

"Setibanya dilokasi, penduduk menyatakan kanak-kanak tersebut dimaklumkan terjatuh ke dalam longkang pada jam 3.30petang ketika waktu hujan lebat.

"Pencarian awal dilakukan pada longkang-longkang berhampiran dalam keadaan hujan sehingga lewat malam.

"PKB (Pos Kawalan Bomba) dibuka dan pencarian turut melibatkan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) JBPM," menurut kenyataan itu.

Difahamkan, pencarian dilakukan sehingga jam 4.00 pagi dan operasi dihentikan seketika jam 4.30 pagi sebelum bersambung pada pagi ini.

SAYS.com
Image via Pasukan Bomba Sukarela Saujana Utama (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
MOST READ
0

Category of interest